Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan

Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan
link : Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan

Baca juga


Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan

DETIK DAILY

 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Kenyataan media oleh Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berhubung penarikan balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada kedua mereka berkuat kuasa 06 Februari 2018 sedikit pun tidak mengejutkan saya.

Dan kalau saya tidak terkejut diharap kedua penerima darjah kebesaran itu juga tidak terkesan apa-apa dengan penarikan balik itu. Anugerah kemudian tarik balik adalah hak yang memberi. Kejadian seperti itu bukan perkara pelik dan ganjil, sebelum ini sudah berjujutan mereka yang menerima dianugerah darjah kebesaran kemudian ditarik balik.

Yang menganugerah mungkin ada alasan tersendiri kenapa dia berbuat demikian yang tidak akan dijelas dan dinyatakan. Makanya orang ramai walaupun ini tahu sebab musababnya, lebih baik jangan bertanya apa-apa.

Yang penting, kedua mereka sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Parti Amanah Negara Kelantan tidak ralat dengan apa yang berlaku dan percaya serta yakinlan apa yang terjadi itu mempunyai seribu hikmat dan rahmat.

Kemuliaan kita bukan sanjungan dan anugerah duniawai, tetapi kerana kita dikasihi Allah. Trims.

KENYATAAN MEDIA

YB Hj Husam Musa & Wan Abd Rahim Wan Abdullah:

Kami telah menerima surat daripada YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada petang semalam, 20 Jamadil Awal 1439H bersamaan 06 Februari 2018 memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bersetuju menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D. J. M. K.) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada kami sebelum ini, mulai pada 06 Februari 2018.

Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini, 07 Februari 2018 di Istana Balai Besar.

Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V.
Sekian. Terima kasih.

YB Hj Husam Musa
Wan Abd Rahim W Abdullah



Demikianlah Artikel Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan

Sekianlah artikel Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harap Husam Dan Wan Rahim Tidak terkesan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/harap-husam-dan-wan-rahim-tidak-terkesan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :