Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM

Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM
link : Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM

Baca juga


Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan badan bebas bagi mengkaji indeks rasuah negara secara terperinci.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata cadangan itu telah dibincang dan dipersetujui dalam Lembaga Penasihat SPRM baru- baru ini.

Beliau berkata SPRM bercadang untuk mewujudkan Indeks Rasuah Khas bagi mengenal pasti prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Katanya, indeks rasuah ini boleh dijalankan oleh mana-mana pihak ketiga yang berkredibiliti seperti universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ada media salah faham. Bukan SPRM mahu menjalankan siasatan indeks rasuah itu sendiri. Sudah tiba masa, negara kita mempunyai Indeks Persepsi Rasuah (CPI),” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Mengikut laporan indeks yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M), Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara berbanding ke-55 daripada 176 negara pada 2016.

Malaysia mencatatkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016.

Dzulkifli turut meminta masyarakat supaya tidak menilai SPRM daripada sudut pandangan masyarakat asing sebaliknya melihat aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

Katanya kedudukan Malaysia dalam CPI tidak mencerminkan tindakan SPRM dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

“CPI adalah persepsi ekspatriat luar. Bukan persepsi masyarakat kita. Kita perlu lihat daripada realiti dan bukan persepsi.

“SPRM telah melakukan yang terbaik walaupun ada kekangan pegawai dan bajet. Saya rasa tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan terbaik dilaksanakan bagi 2017,” katanya.

Justeru, Dzulkifli berkata laporan CPI itu tidak mematahkan semangat SPRM dan menganggap ia sebagai cabaran menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa.



Demikianlah Artikel Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM

Sekianlah artikel Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Indeks rasuah negara: “Ada media salah faham” – SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/indeks-rasuah-negara-ada-media-salah.html

Subscribe to receive free email updates: