Judul : Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran
link : Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran
Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Susulan penemuan kes kopi campuran segera yang mengandungi bahan dipercayai dadah baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mengambil langkah proaktif dengan melakukan pemeriksaan termasuk mengambil sampel terhadap produk-produk kopi campuran segera di sekitar Pulau Pinang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, walaupun kes penemuan kopi tersebut tidak melibatkan kopi-kopi yang dijual di mana-mana premis jualan namun Kementerian mengambil langkah berjaga-jaga bagi keselamatan dan kesihatan pengguna.
“Akan tetapi kes kopi bercampur dadah ini sangat pelik dan menimbul rasa hairan yang amat sangat kami di Kementerian.
“Kita tidak faham motif dan modus operandi sindiket yang memasukkan sebarang bahan dadah ke dalam paket kopi dan kemudiannya boleh ditemui dan dikutip oleh orang ramai termasuk di tempat pembuangan sampah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Minggu Kempen Kesedaran Sempena Hari Kanser Sedunia 2018 anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Temple Of Fine Arts Kuala Lumpur, Brickfields di sini, hari ini.
Pada 30 Januari lepas, lima individu termasuk dua wanita, mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi, dengan dua orang daripada mereka dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Terbaru semalam, dua lelaki dimasukkan ke HPP selepas mengalami pening dan muntah dipercayai selepas meminum sejenis kopi campuran.
Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran
Sekianlah artikel Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan akan ambil sampel kopi campuran dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/kementerian-kesihatan-akan-ambil-sampel.html