Judul : Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak
link : Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak
Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, mendesak Ketua Penerokawati Felda Serting Hilir 3 Nora Abd Rahman meletakkan jawatan serta merta hanya kerana menghadiri program Anak.
Presidennya, Mazlan Aliman menyifatkan tindakan Shamsulkahar itu sebagai sebagai keterlaluan dan biadap serta tidak menghormati hak Nora sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi.
Menurut Mazlan, Nora, 52, yang berkunjung ke Pejabat Adun berkenaan pagi semalam bagi memajukan permohonan bantuan berkaitan program Gerakan Persatuan Wanita (GPW) sebaliknya dipaksa menulis surat perletakan jawatan.
“Puan Nora dipilih secara demokratik, tempohnya hanya akan berakhir pada bulan Jun ini.
“GPW adalah badan NGO di Felda yang mewakili wanita Felda, tanpa mengira latarbekang politik.
“Alasan Datuk Shamsulkahar, hanya kerana puan Nora dilihat hadir dalam majlis Anak dan ceramah Pakatan Harapan sukar diterima,” ujarnya dalam satu kenyataan.Dalam perkembangan berkaitan, Nora menjelaskan kehadirannya dalam program Anak hanya untuk mendapatkan info mengenai Felda dan isu semasa.
Nora yakin tindakannya itu bukan suatu kesalahan dalam perlembagaan negara malah beliau masih menganggotai Umno dan tidak berhajat menyertai mana-mana parti politik pembangkang.
Mazlan menaruh keyakinan bahawa Nora tidak akan tunduk pada desakan Adun Serting itu, sebaliknya akan berperanan seperti biasa selaku Ketua GPW demi kepentingan masyarakat, khususnya kaum wanita Felda.
Demikianlah Artikel Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak
Sekianlah artikel Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Penerokawati didesak letak jawatan kerana hadir program Anak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/ketua-penerokawati-didesak-letak.html