Judul : Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti
link : Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti
Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik setelah mengumumkan keluar daripada PAS sejak 31 Disember lalu.
Walaupun suhu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini semakin terasa, Mahfuz masih bermain teka-teki berhubung kedudukannya sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas atau menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang kini disokong beliau.
"Saya akan membantu dalam apa pun keadaan untuk Pakatan Harapan, (Parlimen) Pokok Sena dan juga di mana-mana," katanya dipetik agensi berita semalam.
Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS selepas 34 tahun bersama parti itu kerana dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.
Awal bulan ini, beliau dilaporkan berkata keputusan parti mana yang akan disertai bakal diumumkan dalam tempoh 45 hari dan pada masa yang sama mahu mengajak rakan-rakannya dalam PAS untuk bersama-sama memenuhi agenda Pakatan Harapan.
Ditanya mengenai perasaannya untuk berjuang dalam persidangan Dewan Rakyat mulai Isnin depan selepas tidak lagi menganggotai PAS, beliau berkata, "Biasa sahaja. Saya tetap membawa suara-suara rakyat dan kepentingan negara."
Menurut Mahfuz, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas dalam persidangan itu, iaitu yang terakhir sebelum PRU14 diadakan, untuk membuat sebarang pengumuman lanjut sama ada kekal Bebas atau menyertai mana-mana parti.
Demikianlah Artikel Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti
Sekianlah artikel Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/mahfuz-belum-putuskan-sertai-mana-mana.html