Judul : Menang Langkawi, menanglah Putrajaya
link : Menang Langkawi, menanglah Putrajaya
Menang Langkawi, menanglah Putrajaya
AKHBAR RAKYATPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan takut akan bayang-bayang Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mengumumkan peruntukan bernilai RM1.3 bilion untuk lima projek infrastruktur di Langkawi.
Tumpuan yang begitu besar terpaksa diberikan Najib kepada Langkawi adalah semata-mata kerana Tun Mahathir memberi bayangan mungkin akan bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.
Ternyata kegusaran Barisan Nasional ini berasas apabila Najib terpaksa mengumumkan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada sebuah kawasan parlimen.
Malahan seluruh keringat BN digerakkan untuk mengekang kemaraan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen Langkawi.
Serangan Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaludin kepada Tun Mahathir, bahawa tidak mungkin beliau dapat membangunkan Langkawi, menyerlahkan lagi ketakutan Umno kepadanya dan HARAPAN secara umum.
Untuk rekod sepanjang 22 tahun Tun Mahathir bergelar perdana menteri, beliau berjaya membawa pelbagai bentuk pembangunan kepada Langkawi sehingga pulau legenda itu terkenal di mata dunia.
Malah Tun Mahathir digelar sebagai arkitek pembangunan di Langkawi.
Tun Mahathir juga berjaya menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, termasuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa dan menjadikan pulau legenda itu tumpuan beberapa acara besar termasuk pameran maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).
Malah jasa terbesar Tun Mahathir kepada Langkawi adalah mengumumkan status Langkawi pada 1987 menjadi pulau bebas cukai yang ternyata membawa banyak keuntungan dan kebaikan kepada penduduk sejagat.
Kegusaran Najib dan BN kepada Tun M adalah kerana HARAPAN mengumumkan bahawa beliau bakal kembali ke kerusi perdana menteri jika HARAPAN berjaya merampas Putrajaya.
Justeru itu BN akan gunakan seberapa daya untuk menewaskan Tun Mahathir dan HARAPAN di Langkawi demi menggagalkan rencana tersebut.
Saya yakin pengundi-pengundi di Langkawi matang dan bijaksana dalam menilai siapa yang sebenarnya menabur jasa dan siapa yang sebenarnya retorik dalam meraih undi.
Saya menyeru seluruh penduduk Langkawi untuk memartabatkan Tun Mahathir dan calon-calon HARAPAN sebagai wakil rakyat, seterusnya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan.
HARAPAN menang di Langkawi bererti menang di Putrajaya.
SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN Adalah penolong setiausaha Angkatan Muda Keadilan Nasional dan setiausaha Angkatan Muda Keadilan Selangor.
Demikianlah Artikel Menang Langkawi, menanglah Putrajaya
Sekianlah artikel Menang Langkawi, menanglah Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menang Langkawi, menanglah Putrajaya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/menang-langkawi-menanglah-putrajaya.html