Judul : PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku'
link : PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku'
PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku'
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: PAS Selangor akan mengadakan mesyuarat malam ini, bagi membincangkan isu peruntukan ADUN partinya yang masih belum diterima daripada kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi, berkata mesyuarat itu akan berlangsung di pejabat PAS negeri di Shah Alam, Selangor.
"Selain isu pilihan raya, isu peruntukan yang masih belum diterima antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini.
"Setakat yang saya tahu, bukan saya seorang masih belum terima tuntutan yang kita buat sejak bulan lalu, 14 ADUN PAS lain juga sama," katanya dipetik Berita Harian Online.
Mengulas lanjut, Sallehin berkata, beliau sendiri pernah menghubungi pejabat daerah bertanyakan mengenai peruntukan terbabit, namun tiada jawapan kukuh diberikan.
"Jumaat lalu, saya menghubungi pejabat daerah untuk mengetahui status peruntukan daripada kerajaan negeri tetapi jawapan yang diberikan ialah peruntukan belum turun (belum dapat).
"Saya tidak tahu mengenai ADUN dari parti lain, katanya ada juga yang sudah terima, ada yang masih belum," katanya.
Isu mengenai peruntukan itu timbul bulan lalu apabila Sallehen dilaporkan berkata, kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan untuk ADUN PAS, seperti dimaklumkan kepadanya oleh unit perancangan ekonomi negeri.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu maklum balas ringkas kepada NST berkata dakwaan itu tidak 'tidak benar' dan 'dakwaan tidak berasas'.
Demikianlah Artikel PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku'
Sekianlah artikel PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pas-selangor-mesyuarat-malam-ini.html