Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang
link : Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

Baca juga


Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang




Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

Kekecewaan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man terhadap segelintir Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menentang kerajaan dibalas cabaran debat atau  letak jawatan oleh pimpinan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Setiausaha Agung Patriot Mejar Udara (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, sebagai seorang ahli politik Azlan sepatutnya sedia maklum mengenai Perkara 41 dan juga Perkara 137 Perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk pengetahuan Azlan, anggota Tentera berkhidmat untuk Raja Dan Negara.

“Kalau tak faham sila baca perlembagaan persekutuan Perkara 41 Dan juga perkara 137.

“Kalau ini juga tak paham,letak jawatan dari jadi Menteri besar.

“Susah kalau orang buta undang-undang macam kamu jadi menteri besar,” tempelaknya.

Datuk Seri Azlan Man

Beliau dipercayai mengulas kenyataan di buat Azlan ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 9/2018 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kangar Sabtu lalu.

Azlan berkata, beliau dukacitakan  ada antara mereka berpangkat tinggi semasa berada dalam perkhidmatan.

Mereka disarankan sebaiknya menyuarakan perasaan tidak puas hati termasuk memberi teguran dan pandangan, bukan menunjukkan sikap menentang jika benar-benar ingin memperbaiki keadaan.

Mior Rosli lagi, menegaskan agar Azlan memaklumkan kepada Umno-BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang membabitkan Parti Komunis China (PRC) sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan hari ini.

“Satu lagi saya nak beritahu, bukan veteran yang harus ucapkan terima kasih kepada BN, sebaliknya BN yang harus berterima kasih kepada veteran kerana berkorban nyawa untuk mempertahankan Negara daripada dimusnahkan oleh parti Komunis Malaya.

“Saya nak beritahu Azlan, supaya pergi nasihat Umno supaya hentikan berkerjasama dengan parti Komunis China Dan Parti Komunis Vietnam.

“Dan beritahu bos kamu itu supaya hentikan menjual tanah Melayu ini kepada PRC.

“Kami Veteran tidak menentang kerajaan Di mana kami berkhidmat dulu. Kami mahu Selamatkan Malaysia, anak cucu Kami, Dan Rakyat Malaysia dari pemimpin2 kleptocracy dan menjual maruah Negara pada negara Yang pernah membantu Musuh Kita (PKM) dulu,” ujarnya.

Bahkan beliau  mendakwa BN hanya sekumpulan parti politik yang hanya pandai jadi perasuah dan kleptokrat.

“Kamu jangan kelirukan rakyat dan veteran bahawa BN itu kerajaan dan Kerajaan itu BN.

“Saya rasa kamu harus pergi sekolah balik.

“Orang politik 5 tahun sekali, bertanding untuk jadi Ketua dalam kerajaan. Jika dia kalah dia tidak layak duduk dalam kerajaan.

“Kerajaan tidak berubah Walaupun parti politik berubah,” ujarnya dalam kenyataan.

Mior Rosli turut mendakwa BN juga merosakkan ATM dan menipu veteran sejak 1963 dan bersedia berdebat dengan Azlan untuk membuktikan kebenaran apa yang berlaku selama 55 tahun itu.

“Kalau kamu berani, saya cabar kamu untuk berdebat dengan saya secara terbuka Di RTM bila-bila masa sahaja,” ujarnya yang mempersoalkan kenyataan Azlan bahawa kerajaan BN sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota ATM dan keluarga mereka samada semasa mereka masih bertugas atau selepas tamat perkhidmatan.



Demikianlah Artikel Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

Sekianlah artikel Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/patriot-cabar-mb-perlis-debat-letak.html

Subscribe to receive free email updates: