Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar

Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar
link : Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar

Baca juga


Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Umno mendakwa pembangkang mungkin bimbang dengan usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi mengekang berita palsu, ekoran tindakan Lim Kit Siang menolak langkah berkenaan.
 
Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa, berkata maklum balas Ketua Parlimen DAP itu sudah dijangka kerana apa yang dilakukan kerajaan tidak pernah dipersetujui.
 
Malah, katanya, tindakan itu menunjukkan Kit Siang seolah-olah menyokong pula kepada penyebaran berita palsu.
 
"Kita tidak hairan Kit Siang tidak setuju dengan usaha yang dilakukan kerajaan kerana kerja mreka adalah membangkang semua perkara dilakukan kerajaan.
 
"Mereka tolak kerana senjata mereka di saat akhir adalah menyebarkan berita fitnah.
 
"Mereka sangat khuatir sekiranya tidak dapat menggunakan pendekatan itu untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya pada sidang media di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Pengerusi Biro IT Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.
 
Annuar mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi mengekang berita palsu tidak akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
Sementara itu, Ahmad mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan usaha bagi menggubal undang-undang baru itu memandangkan PRU-14 semakin hampir.
 
"Saya yakin menjelang PRU, semakin banyak berita fitnah akan disebarkan semata-mata mahu menjatuhkan BN.
 
"Sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) itu boleh dibawa pada persidangan Parlimen Mac ini, saya kira ia langkah tepat dan semestinya akan mendapat sokongan ramai," katanya.
 
Katanya, negara mempunyai 32 juta penduduk dan 43 juta telefon bimbit digunakan selain terdapat 18 juta akaun Facebook.
 
"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengekang berita palsu dan semua rakyat perlu memainkan peranan membantu kerajaan menangkis berita palsu," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar

Sekianlah artikel Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang tolak kerana tak boleh sebar fitnah lagi - Annuar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pembangkang-tolak-kerana-tak-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: