Judul : Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad
link : Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad
Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad
Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah menyediakan peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad daripada agama Islam.
Melalui firma guaman Baru Bian Advocates And Solicitors, Pengerusi PKR Sarawak itu telah membekalkan peguam bagi mewakili keempat-empat muslim berkenaan.
“Esok Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berkaitan Rayuan 4 orang Islam yang mahu murtad.
“Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa terhadap permohonan keluar Islam atau sebaliknya.
“Kesemua perayu diwakili oleh firma guaman Baru Bian.
“Kita bakal saksikan samada gerakan evangelis ini berjaya mempengaruhi mahkamah sivil atau tidak.
“Sama-sama kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada umat Islam,”kata Azlan Ahmad dalam Facebook.
Menurut Azlan, Pengerusi PKR Sarawak itu boleh dianggap ketua gerakan evangelis di negeri itu berdasarkan enam modus operandi yang dilakukannya.
❗ Menggunakan pentas politik (beliau merupakan ADUN Ba’kelalan dan Pengerusi PKR Sarawak) dalam menyebarkan ajaran Kristian.
❗ Menawarkan bantuan guaman secara percuma bagi orang Islam yang mahu MURTAD (keluar dari Islam).
❗ MEMBANTAH tindakan KDN yang menyekat kemasukan 30,000 naskhah Bible Versi Bahasa Melayu ke Sarawak.
❗ Beliau antara individu yang memperjuangkan Kalimah ALLAH digunakan oleh penganut Kristian Malaysia.
❗ Menerbitkan buku berjudul “LONG AWAKENING” yang intipatinya secara terangan memuji ISRAEL.
❗ Pasukan Evangelis beliau bercita-cita mahu menjadikan Malaysia Sebuah Negara Kristian.
Demikianlah Artikel Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad
Sekianlah artikel Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pengerusi-pkr-sarawak-bela-4-muslim.html