Judul : Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik
link : Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik
Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik
Oleh Shuhaniza Said
TEMERLOH: Baru beberapa hari outlet pertama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dilancarkan di Tunas Manja Group (TMG) Mall di sini, sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.
Menerusi tinjauan Antarapos, TMG Mall yang terletak di tepi jalan besar Mentakab-Temerloh ini menjadi pilihan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah.
"Kalau banding dengan sebelum kita (TMG) menjadi (rakan kongsi) KR1M ini, jualan memang meningkat. Penduduk Temerloh sangat suka membeli barang-barang KR1M.
"Sambutan sangat baik, jualan kita juga sudah meningkat 100 peratus..boleh dikatakan jualan kita sekali ganda. Penduduk sekitar menerima baik, dan kita jual barang-barang KR1M dengan harga yang lebih murah sekaligus dapat membantu rakyat sekitar," katanya.
KR1M 2.0 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu adalah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.
KRIM 2.0 melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan model baru yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang kepada lebih ramai pemilik perniagaan runcit untuk menyertainya.
Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran, merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi inisiatif ini.
Seorang pekerja swasta, Zabidi Jamsari, 48, berkata dengan penjenamaan semula KR1M 2.0, sudah semestinya ia menjadi tumpuan rakyat terutama daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mahu mengimbangi perbelanjaan bulanan mereka.
"Dengan pelancaran KR1M ini, saya lihat ada perbezaan harga kalau nak dibandingkan...kalau boleh kita nak cari harga yang lebih rendah, faham-fahamlah ekonomi sekarang. Kalau anak ramai, mesti mahu cari barangan yang harganya rendah.
Malah menurutnya, dengan penambahbaikan kerajaan daripada inisiatif asal KR1M, maka KR1M 2.0 sewajarnya diperluaskan kepada lebih banyak outlet pasaraya yang menjadi rakan kongsi.
"Kalau boleh diperluaskan ke setiap daerah ada satu KR1M untuk memudahkan pembeli buat perbandingan, secara tak langsung memberi satu persaingan yang sihat kepada pasaraya lain demi bantu golongan rendah dan sederhana," katanya lagi.
Cadangan yang sama turut diutarakan seorang suri rumah, Jamiah Hasan.
"Saya rasa okay, tengok harga barang pun lebih murah. Kalau boleh, perluaskan ke kawasan lain, saya tak pasti Jerantut ada ke tidak sebab di sana ada juga Tunas Manja tapi tak pasti ia termasuk sebagai KR1M atau tidak. Kalau boleh banyakkan lagi cawangan di Pahang," kata suri rumah berusia 45 tahun itu.
Bagi seorang pekerja swasta, Nazirah Mohd Alwi, 28, dirinya berharap agar pelaksanaan KR1M 2.0 akan turut menyenaraikan barangan keperluan bayi khususnya lampin pakai buang
yang sememangnya diketahui harganya menuntut perbelanjaan lebih tinggi.
"Jika lihat di pasaran, harga lampin pakai buang memang sangat tinggi, kalau boleh dengan adanya inisiatif KR1M ini dapat membekalkan harga lampin pakai buang dengan lebih rendah.
"Zaman sekarang kebanyakan orang sudah tak pakai lampin, jadi ia antara barang utama kalau untuk seorang ibu, memang dia fikir lampin pakai buang, selain daripada susu," ujar ibu muda itu lagi.
Demikianlah Artikel Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik
Sekianlah artikel Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjenamaan semula KR1M dapat sambutan baik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/penjenamaan-semula-kr1m-dapat-sambutan.html