Judul : PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus
link : PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus
PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus
Perdana Menteri tidak sewajarnya gundah gulana dengan cadangan membenarkan pemantau pilihan raya antarabangsa memantau proses pilihan raya umum (PRU) di negara ini jika benar-benar yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya negara.
Pengarah pilihan raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, cubaan Datuk Seri Najib Razak untuk berdalih bagi menolak syor pemantau pilihan raya antarabangsa hanya akan menimbulkan kecurigaan.
“Saya meneliti kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan sistem pengundian telah ditambah baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan.
“Tetapi apa yang dilihat kini berlaku sebaliknya dengan nama pengundi hilang, penukaran tempat mengundi, SPR membuat persempadanan semula, cubaan melambat-lambatkan pendaftaran pengundi baru dan ini bukankah satu cubaan untuk memenangkan pihak Umno BN?
“Jikalau pilihan raya dilakukan dengan telus, usahlah risau gundah-gulana dengan adanya pemantau pilihan raya dari luar negara kerana cubaan berdalih hanya akan menampakkan muslihat yang dibuat,” tegasnya.
Saifuddin berkata, SPR sememangnya bekerja keras dan nampak ‘telus’ sehinggakan badan itu digunakan semaksimum mungkin untuk memenangkan Umno BN.Beliau memberi contoh mudah bagaimana pengundi di kawasan parlimen Pekan yang diwakili Najib meningkat secara mendadak daripada 58,217 pengundi pada PRU 2008 kepada 80,260 pengundi pada PRU 2013.
“Angkara siapakah hal seperti ini boleh berlaku?” soal beliau.
Pakatan Harapan, katanya tidak akan diam membisu dan akan terus komited untuk memastikan PRU negara pada kali ini dapat dijalankan secara telus dan bersih.
“Prinsip-prinsip ini seharusnya diamalkan oleh SPR bagi memastikan sistem pendemokrasian negara dapat berjalan dengan lancar,” tegas Saifuddin.
Demikianlah Artikel PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus
Sekianlah artikel PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM usah gundah gulana jika sistem pilihan raya telus dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pm-usah-gundah-gulana-jika-sistem.html