Judul : PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti
link : PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti
PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti
Kamaruddin Md Noor mengadakan sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini sambil ditemani Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (kiri), Ketua PPBM Bahagian Machang, Datuk Sazmi Miah dan Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Radzi Jidin (kanan).
PETALING JAYA: Lembaga Disiplin PPBM yang diketuai Tan Sri Sanusi Junid sedang mengenal pasti ahli yang cuba mensabotaj parti dengan mengadakan sidang media dan membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata ahli serta pemimpin yang melanggar peraturan parti berdepan tindakan disiplin atau dipecat.
“Mereka masuk parti dengan niat tidak baik, jadi kita dapat kesan ini adalah anasir tidak baik di dalam parti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
“Lembaga Disiplin parti sedang tangani hal berkaitan penyalahgunaan ahli parti seperti dalam isu bantahan atau kegiatan mensabotaj parti. Jadi, mana-mana ahli yang dikira melakukan perkara yang menjejaskan kepentingan parti akan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin.”
Kamaruddin yang juga pengerusi PPBM Kelantan berkata, Lembaga Disiplin memecat 3 ahli dan pemimpin parti itu minggu lalu atas pelbagai kesalahan, termasuk mencela dan menyelar pucuk pimpinan.
Beliau menasihatkan ahli supaya menggunakan saluran betul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan atau parti, bukannya membuat kritikan secara terbuka atau mengadakan sidang media.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan ke atas kumpulan yang mengadakan sidang media di Kota Bharu semalam dan tidak menolak kemungkinan tindakan akan dikenakan terhadap mereka.
Semalam, beberapa ahli PPBM Bahagian Kota Bharu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap halangan dihadapi parti itu, termasuk dalam isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri.
Naib Ketua Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim mendakwa kerusi DUN didominasi Amanah dan perpecahan dalaman yang berlaku akan memberi kesan kepada parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).
Demikianlah Artikel PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti
Sekianlah artikel PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM beri amaran pecat ahli kritik, sabotaj parti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/ppbm-beri-amaran-pecat-ahli-kritik.html