Judul : Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO]
link : Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO]
Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO]
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Usaha kerajaan untuk menggubal satu lagi undang-undang baru bagi mengekang penyebaran berita-berita palsu di laman internet nampaknya diterima baik oleh majoriti rakyat di negara ini.
Ratanya-ratanya yang ditemui dalam tinjauan Antarapos, menyifatkan undang-undang itu memang satu keperluan memandangkan terlalu banyak berita yang tidak betul disebarkan melalui pelbagai laman media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Bagi Lyn yang merupakan seorang pekerja swasta, beliau memberitahu bahawa dirinya sering menerima pelbagai jenis berita palsu yang disebarkan melalui WhatsApp.
Malah katanya, beliau juga kadang-kala berasa takut dengan berita palsu yang diterimanya itu.
“Memang takut (kalau terima berita palsu), tapi memang saya tidak terima dulu berita palsu itu sebab kena siasat dulu betul atau tidak.
“Kalau saya terima berita palsu, saya akan siasat dulu, sebab kita pun boleh tengok dahulu, jadi tidak mudah percaya, siasat dahulu,” katanya ketika ditemui Antarapos.
Sementara itu bagi Krishna, beliau juga mengakui sering melihat dan menerima berita-berita palsu, namun mengambil langkah bijak untuk tidak sewenang-wenangnya menyebar berita yang diterimanya.
Ujarnya, penyebaran berita-berita palsu itu secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada nama yang terpalit, sehingga kadang-kala menjatuhkan air muka seseorang.
Justeru katanya, undang-undang baru itu memang wajar ditubuhkan bagi memastikan masalah itu mampu dibendung daripada terus melarat.
“Kadang-kadang saya tengok dalam Facebook atau WhatsApp, saya tengok sahaja, selepas itu saya fikir dulu sebelum sebarkan sebab nanti kalau sebar, orang yang terlibat akan hadapi masalah, sebab itu kita elakkan kesulitan itu berlaku kepada mereka.
“Untuk diri saya, memang saya setuju dengan usaha kerajaan ni, kerana ia akan membantu mengelakkan kesulitan berlaku antara mangsa-mangsa berita palsu, harap kerajaan boleh buat tu," katanya.
Rakyat lebih waspada
Dalam pada itu, seorang suri rumah, Mariana, juga menyokong langkah yang diambil kerajaan apabila mahu menubuhkan undang-undang baru itu.
Katanya, dengan adanya undang-undang tersebut, rakyat akan menjadi lebh berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu berita, malah ia juga mampu menangani rasa takut masyarakat terhadap sesuatu berita yang disebarkan.
“Setuju, sebab nanti berita palsu tidak masuk ke minda masyarakat, kalau benda itu palsu mereka akan takut, kalau betul tidak mengapa, jadi saya setuju (undang-undang baru diwujudkan bagi mengekang berita palsu).
Awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru bertujuan membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Jawatankuasa tersebut sudah bermesyuarat buat kali pertama minggu lepas dengan dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.
Undang-undang tersebut dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina.
Menurutnya, draf mengenai perincian itu termasuk mengenai definisi berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.
Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita palsu itu.
Demikianlah Artikel Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO]
Sekianlah artikel Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat mahu undang-undang berita palsu [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/rakyat-mahu-undang-undang-berita-palsu.html