Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM

Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM
link : Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM

Baca juga


Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM


Wee Jeck Seng yakin pertahankan kemenangannya di Tanjong Piai kerana rakyat 'faham siapa buat kerja siapa tidak'. (Gambar Facebook).
Wee Jeck Seng yakin pertahankan kemenangannya di Tanjong Piai kerana rakyat ‘faham siapa buat kerja siapa tidak’. (Gambar Facebook).


TANJONG PIAI: Ketika tsunami melanda sebahagian besar dunia pada 2004, kawasan paya bakau di Tanjong Piai menjadi benteng pertahanan, melindungi bandar persisiran pantai ini daripada kemusnahan yang dialami di kebanyakan negara.

Tetapi Tanjong Piai juga “selamat” daripada sebuah lagi tsunami, iaitu tsunami politik yang melanda seluruh Malaysia pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan tamatnya dominasi Barisan Nasional dan Umno dalam politik negara.

Ketika “tsunami politik 2008” berlaku sekali pun, BN masih menang selesa di sini. Calon MCA mengalahkan calon Melayu dari DAP, dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Calon Melayu oleh DAP bukan sesuatu yang asing di Tanjong Piai, yang mempunyai bilangan pengundi Melayu dan Cina yang hampir sama banyak.

Ia antara kawasan Parlimen yang memperlihatkan stereotaip DAP dan BN bertukar tempat.

Untuk 2 pilihan raya umum yang lampau, DAP yang sering dikaitkan sebagai parti orang Cina meletakkan calon Melayu, manakala BN yang sering dikaitkan dengan sokongan orang Melayu pula meletakkan calon berbangsa Cina.

Ia merupakan antara strategi menawan kerusi ini yang dicengkam BN sejak dulu.

Namun kesetiaan kepada parti, dan bukan calon, amat jelas di sini, sebuah kawasan persisiran pantai di bahagian paling selatan di Johor.

Walaupun DAP meletakkan calon Melayu, rata-rata pengundi Cina memberikan undi mereka kepada roket; dan walaupun BN memilih calon Cina, rata-rata pengundi Melayu tetap memangkah dacing.

Malah pada 2013 pun, ketika Gelang Patah menjadi kubur politik bekas menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman, DAP masih belum dapat melepaskan cengkaman BN di Tanjong Piai.

Tetapi ia bukan bermakna Tanjong Piai bebas daripada strategi berlandaskan sentimen kaum.

Bekas calon DAP Mahdzir Ibrahim percaya 15% lagi undi Melayu akan menewaskan BN di Tanjong Piai. (Gambar Facebook).
Bekas calon DAP Mahdzir Ibrahim percaya 15% lagi undi Melayu akan menewaskan BN di Tanjong Piai. (Gambar Facebook).

Mahdzir Ibrahim, bekas calon DAP yang tewas kepada calon MCA pada pilihan raya 2013, yakin partinya masih mampu merampas kerusi itu, dengan syarat 15% pengundi Melayu berubah selera.

Tetapi, kali ini, calon Melayu yang bakal mencabar BN datangnya bukan dari DAP, tetapi PPBM, parti Melayu yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Bagi Mahdzir, ini menjadikan cabaran kali ini lebih berbeza dan sengit, dan menjangka peluang PH untuk menang pada PRU14 adalah 50-50 menentang Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng.

mahdzir-ibrahim-ms-1

Bercakap kepada FMT, Mahdzir berkata beliau gagal pada PRU lalu kerana tidak dapat sokongan 15% pengundi Melayu, kerana rata-rata mereka masih menyimpan sentimen lama terhadap parti itu.

“Jadi jika PPBM dapat menarik 15% pengundi Melayu untuk menyokong PPBM, Insha Allah kita akan menang,” katanya.

“Ini kerana pada pengetahuan saya, pengundi Cina di Tanjong Piai tiada masalah besar dan akan kekal menyokong PH,” katanya.

PH memperuntukkan 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kepada PPBM pada PRU akan datang, yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Selain Tanjong Piai, kerusi lain ditandingi calon PPBM ialah Pagoh, Mersing, Tenggara, Sri Gading, Pengerang, Pontian, Muar, Simpang Renggam dan Kota Tinggi.

Kebanyakan kerusi itu adalah kubu kuat Umno di kawasan bermajoriti Melayu, termasuk kawasan penempatan Felda.

Pada PRU 2013 lalu, Wee memperoleh 25,038 undi mengalahkan Mahdzir dengan majoriti 5,457 undi, majoriti yang jauh lebih kecil berbanding ketika BN menang pada 2008.

PH masih belum mengumumkan siapa calon PPBM yang akan bertanding.

Tetapi Mahdzir memberi bayangan: “Tak silap saya dia doktor klinik. Saya bagi yang secara umum, kita di peringkat DAP kawasan dan negeri, kita akan bantu sepenuhnya calon dari PPBM.

“Kita harap semua pihak, beri kerjasama kerusi Tanjong Piai,” katanya.

Mahdzir berkata tumpuan PH di Tanjong Piai ialah menarik pengundi Melayu dan penyokong tegar Umno.

Beliau yakin pengaruh bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih ada di Tanjong Piai.

“Kini peluang lebih cerah. Kalau dengan DAP dulu 40-60. Sekarang jadi 50-50.”

Tanjong Piai masih dianggap kawasan kampung, bukan seperti Gelang Patah atau Kluang, dan Mahdzir mengakui cabaran masih besar untuk PH.

Sementara itu, Wee menolak pendapat yang menyifatkan kemenangannya 2 penggal di sini adalah kerana pengundi Melayu.

Bagi Wee, semua kaum penting.

“Tetapi kita perlu bekerja keras. Lakukan apa yang patut nak bantu rakyat. Rakyat faham pengundi tahu nak buat pilihan.

“Ini politik. Rakyat faham siapa buat kerja siapa tidak,” katanya kepada FMT.

Pada Januari lalu, MCA mengumumkan Wee kekal sebagai calon Tanjong Piai pada PRU ke-14.



Demikianlah Artikel Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM

Sekianlah artikel Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas tsunami politik, Tanjong Piai tunggu ombak PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/selepas-tsunami-politik-tanjong-piai.html

Subscribe to receive free email updates: