Judul : Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid
link : Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid
Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid
ANTARAPOSSHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyeru rakyat Kelantan untuk membebaskan diri mereka dari PAS, namun menurutnya, tindakan itu bukan bermakna rakyat menentang kerajaan Islam; sebaliknya mereka hanya perlukan sesuatu yang berbeza.
Dalam catatan di blog beliau, kata Zaid, rakyat Kelantan harus mengikut langkah orang Perancis dan Russia membuang aristokrat yang memerintah mereka masing-masing pada 1789 dan 1917.
Anggota DAP itu berkata, beliau menjangka pengundi Kelantan mengubah kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi dengan cara yang lebih senyap.
"Saya tidak pasti sama ada Umno atau Amanah yang akan memenangi hati mereka, tetapi PAS adalah orang mati setakat yang saya dapat lihat. Dan itulah yang sepatutnya," tulis zaid.
Beliau berkata selepas 25 tahun pemerintahan Islam, rakyat Kelantan telah merasai apa yang dimaksudkan untuk ditadbir oleh "kumpulan ulama", dengan menyindir ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu hari ini bebas daripada dosa, dan tiada kecurian dan aktiviti seksual haram.
"Peniaga saling jujur antara satu sama lain dan dengan pelanggan mereka kerana tidak ada penetapan harga dan tiada perubahan dalam kualiti dan harga.
"Kanak-kanak sekolah tidak terlibat dalam seksual haram, mengambil dadah atau minum ketum secara teratur. Orang-orang lelaki tidak lagi menyeberangi sungai Golok untuk keseronokan dan permainan seperti zaman muda saya, dan mereka semua gembira menjalani kehidupan yang bersih di bandar Islam.
"Semua pemimpin di Kelantan jujur dan tidak menerima rasuah atau 'komisen'. Urusan mereka, termasuk penjualan tanah dan konsesi balak, adalah telus," sindirnya.
Mengatakan yang rakyat negeri itu sudah berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri Islam, Zaid berkata sudah tiba masanya mereka mempunyai kerajaan yang berbeza, selepas Kelantan di bawah PAS tidak dapat menyediakan perumahan, merujuk kepada rumah yang dijanjikan selepas banjir besar pada 2014.
Apa yang diperlukan oleh rakyat Kelantan, kata Zaid, adalah sebuah kerajaan yang akan membawa para pelabur, yang sekaligus membawa kepada lebih banyak peluang pekerjaan.
"Mereka memerlukan kerajaan yang akan menyelesaikan masalah air dan saliran mereka. Mereka memerlukan kerajaan yang akan mencari jalan untuk membolehkan mereka memperoleh lebih banyak pendapatan untuk diri mereka sendiri,"katanya lagi.
Demikianlah Artikel Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid
Sekianlah artikel Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiba masa untuk kerajaan Islam 'berbeza' perintah Kelantan - Zaid dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/tiba-masa-untuk-kerajaan-islam-berbeza.html