Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN

Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN
link : Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN

Baca juga


Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
HULU SELANGOR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menasihatkan orang ramai agar berhenti membuat spekulasi berhubung kes mualf, Muhammad Riduan Abdullah yang dilaporkan gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri M. Indira Gandhi.
 
Mohamad Fuzi berkata semua elemen dalam pasukan polis telah dikerah untuk mengesan Muhammad Riduan.
 
"Perkara ini sensitif, andaian yang bukan-bukan boleh jejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat ke-12 bersempena Tahun Baharu Cina 2018 dan Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) Zon Tengah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini hari ini.
 
Mohamad Fuzi sebelum ini dalam satu kenyataan berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, masih diteruskan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.
 
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.
 
Pada 29 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.
 
Ketiga-tiga anak mereka kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi selepas dirinya memeluk Islam.
 
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa kepada bekas isterinya.
 
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.
 
 


Demikianlah Artikel Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN

Sekianlah artikel Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usaha kesan bekas suami Indira giat dilakukan - KPN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/usaha-kesan-bekas-suami-indira-giat.html

Subscribe to receive free email updates: