Judul : Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia
link : Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia
Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia
ANTARAPOSBAGAN DATUK: Malaysia meminta kerajaan Indonesia tidak menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara ini hanya disebabkan oleh kes terpencil yang berlaku membabitkan majikan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri bagi berunding semula berhubung soal keselamatan pekerja dan pembantu rumah warga Indonesia di negara ini.
"Saya agak terkilan dengan (laporan berita) jika benar pihak Indonesia mengikut media Indonesia akan memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke negara kita disebabkan kes terpencil yang berlaku di atas penderaan pembantu rumah.
"Kita mempunyai SOP (prosedur operasi standard) tertentu yang perlu dipatuhi majikan.
"Pihak Malaysia tidak akan melindungi mana-mana majikan yang melakukan kezaliman dan kita mempunyai perjanjian antara majikan dan pekerja berkenaan yang perlu ditandatangani supaya peraturan dan garis panduan diikuti sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Dataran Bagan Datuk di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin.
Ahmad Zahid mengulas laporan portal berita tempatan hari ini yang memetik laporan portal berita Indonesia, Sindo News mengenai cadangan Jakarta untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya.
Perkembangan ini dimaklumkan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana Khamis lalu.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan Malaysia juga tidak akan melindungi atau menyembunyikan fakta pendakwaan yang akan dibuat di mahkamah di negara ini.
"Kita harap bakal pembantu rumah di Indonesia khususnya Kementerian Tenaga Kerja Indonesia harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbeza dengan tindakan yang tidak pernah dilakukan.
"Secara relatifnya saya melihat beberapa data dari segi penderaan pembantu rumah biar pun ada berlaku penderaan di Malaysia tetapi kadar dan peratusannya terendah berbanding negara lain.
"Ini bermaksud kita mengambil kepedulian terhadap kebajikan pembantu rumah dari Indonesia," katanya.
Demikianlah Artikel Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia
Sekianlah artikel Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid harap Indonesia tak beku hantar pembantu rumah ke Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/zahid-harap-indonesia-tak-beku-hantar.html