Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan

Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan
link : Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan

Baca juga


Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan



Gambar Facebook.


PETALING JAYA: Satu-satunya pencabar Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun lepas, menggesa Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mempertimbangkan keputusan peletakan jawatannya.

Tunku Ismail menerusi catatan di Facebook Johor Southern Tigers semalam mengumumkan keputusan meninggalkan FAM yang diketuainya hampir setahun kerana bertanggungjawab terhadap Harimau Malaya yang jatuh 3 anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun meminta Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertimbangkan keputusannya kerana “organisasi sebesar FAM memerlukan pemimpin kuat”.

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu juga menolak kemungkinan beliau menerajui FAM.

“Persoalan siapa yang patut menjadi presiden seterusnya tidak timbul kerana peraturan FAM menetapkan jika presiden meletak jawatan, maka timbalannya akan ambil alih. Pemilihan baharu akan berlaku jika semua pengurusan FAM letak jawatan.”

FAM mempunyai 2 timbalan presiden, iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Subahan juga adalah presiden Konfederasi Hoki Malaysia dan presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Berdasarkan pemilihan FAM tahun lalu, Subahan mendapat undian tertinggi antara 2 calon timbalan presiden itu dan beliau sepatutnya menjadi pengganti presiden berikutnya.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, walaupun TMJ meletak jawatan kerana kejatuhan ranking Harimau Malaya ialah tindakan mulia, beliau tidak patut menilai prestasinya berdasarkan kejatuhan ranking dalam tempoh singkat.

Ranking terbaharu Fifa yang diumumkan semalam menunjukkan Harimau Malaya jatuh 3 anak tangga ke tempat ke-178 berbanding 175 dalam kalangan 211 negara, bulan lalu.

“Ranking bola sepak ambil masa untuk berubah. Kita tidak boleh mengharapkan keputusan baik berlaku sekelip mata.

“TMJ sudah banyak menyumbang dalam masa kurang setahun dan lebih banyak masa diperlukan,” kata Annuar yang berharap TMJ akan terus mengetuai FAM sehingga tamat penggal perkhidmatannya pada 2021.

Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017, selepas Annuar menarik diri daripada merebut jawatan tertinggi dalam badan pentadbir bola sepak itu, beberapa hari sebelum pemilihan.

TMJ mengambil alih jawatan itu daripada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga tidak menamatkan tempoh perkhidmatannya selepas mengambil alih jawatan itu daripada bapanya, Sultan Pahang, pada 2014.

Sementara itu, bekas penyerang skuad kebangsaan, Matlan Marjan menyifatkan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai kehilangan besar buat bola sepak negara.

Matlan berkata, Tunku Ismail membawa banyak perubahan kepada bola sepak tempatan walaupun memimpin FAM kurang setahun.

“Struktur bola sepak dan pengurusan di setiap negeri beliau berjaya ubah dan beliau juga selalu turun padang.

“Saya tidak rasa mana-mana presiden FAM yang turun padang sebanyak Tunku Ismail, tidak mementingkan protokol dan sangat terbuka melayan peminat walaupun baginda kerabat diraja.”

Pada 1995, Matlan dan 5 pemain Persatuan Bola Sepak Sabah ditahan atas dakwaan mengatur perlawanan. Walaupun dakwaan ke atas mereka digugurkan, mereka dilarang terbabit dalam aktiviti bola sepak peringkat negeri dan kebangsaan seumur hidup, sehinggalah Tunku Ismail membatalkan larangan itu April tahun lalu.

Matlan berkata, beliau menunggu bertahun-tahun untuk larangan itu dibatalkan dan harapan meneruskan kerjaya bola sepaknya terpaksa dilupakan. Apabila Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM, masalah itu berjaya diselesaikan dengan mudah.

“Saya tidak bersetuju dengan keputusan peletakan jawatannya kerana saya tidak rasa ada orang lebih layak memimpin FAM.”

Sejak mengambil alih pimpinan FAM pada 25 Mac 2017, Tunku Ismail mengubah struktur bola sepak tempatan, menarik minat penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyiapkan rancangan jangka panjang untuk bola sepak tempatan dengan kerjasama LaLiga Sepanyol.

Tunku Ismail turut berjuang untuk hak penyiaran bagi semua pasukan dalam Liga Malaysia bagi membantu mereka mengurus dan menguatkan kestabilan kewangan mereka, di mana setiap pasukan akan menerima RM1 juta hingga RM3 juta.

Tunku Ismail juga mencipta sejarah apabila skuad B23, B19 dan B16 mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.
TMJ ucap selamat tinggal kepada FAM selepas ranking Harimau Malaya jatuh



Demikianlah Artikel Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan

Sekianlah artikel Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa gesa TMJ pertimbang keputusan letak jawatan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/annuar-musa-gesa-tmj-pertimbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :