Judul : Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS
link : Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS
Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS

Beliau berkata perkara itu berlaku semasa sambutan 10 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Melawati, Shah Alam pada 18 Mac lalu.
“Semua exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini, kecuali exco-exco daripada PAS.
“Sedangkan dia (Azmin) minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang exco kita dimalukan dalam program itu,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kemaman.
Mengulas mengenai isu sekatan peruntukan untuk wakil rakyat PAS, Sallehen berkata tindakan itu mencerminkan Azmin tidak bergantung kepada pertolongan Allah dan hanya “bergantung dengan duit” dan “makhluk” untuk terus berkuasa.
“Hari ini kita (wakil rakyat PAS) dinafikan mendapat peruntukan kerajaan negeri Selangor.
“PAS Selangor sama dengan PAS Terengganu yang tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri masing-masing.
“Mungkin Azmin Ali berfikir dengan dia tidak beri peruntukan kepada kita, jadi payah untuk kita hendak jinakkan hati orang (berkempen untuk PAS).
“Maknanya, dia (Azmin) tidak bergantung kepada Allah tetapi bergantung dengan duit, dengan makhluk,” katanya.
Demikianlah Artikel Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS
Sekianlah artikel Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Malukan 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/azmin-malukan-3-exco-kerajaan-selangor.html