Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA

Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA
link : Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA

Baca juga


Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyifatkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebagai tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan margin simpanan air kosong peratus.
 
Zaini menjelaskan, margin simpanan air bukanlah soal mana-mana empangan-empangan di negeri itu mempunyai air atau sebaliknya.
 
Tetapi ujar beliau, makna kosong peratus margin simpanan air ialah air terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup untuk diagihkan kepada pengguna menerusi paip.
 
Beliau memberitahu, tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.
 
“Dengan kata lain, isipadu permintaan air sama dengan isipadu penghasilan air terawat.
 
“Jika berlaku kerosakan loji atau paip pecah, maka kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air sehinggaah kerosakan tersebut dapat dipulihkan,” jelas beliau yang dilaporkan Utusan Malaysia.
 
Sehubungan itu beliau menggesa Mohamed Azmin sepatutnya berlapang dada, meluangkan masa membaca serta memahaminya apa yang cuba disampaikan.
 
Sekiranya Mohamed Azmin masih tidak faham, Zaini turut menerangkan bahawa jumlah gangguan bekalan air merupakan petunjuk utama untuk memantau tahap perkhidmatan bekalan air.
 
“Di Selangor sebagai contoh, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan bekalan air direkodkan pada 2016 berbanding jumlah nasional 416,201,” ujar beliau. 
 
Semalam, Mohamed Azmin memberitahu, beliau mahu mengajak Menteri KeTTHA Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili melihat sendiri empangan dan rizab air negeri.
 
Malah beliau turut menuduh Putrajaya mempolitikkan gangguan bekalan air di negeri itu.
 
Azmin menyenaraikan 9 empangan di Selangor yang sama ada 98% atau 100% penuh, antaranya Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Klang Gate dan Sungai Langat.
 
Katanya, ini kerana bukti menunjukkan empangan di Selangor berpada pada kapasiti 100% dan rizab bertambah daripada 3% kepada 6%.
 
 


Demikianlah Artikel Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA

Sekianlah artikel Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin mungkin tak faham 0% margin simpanan air - KSU KeTTHA dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/azmin-mungkin-tak-faham-0-margin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :