BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto

BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto
link : BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto

Baca juga


BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto

THE MALAYSIAN INSIGHT

Hasil carian imej untuk FOTO KHALID SAMAD 
Khalid Samad


MANIFESTO Pakatan Harapan yang dilancarkan dalam majlis penuh gilang-gemilang telah mendapat berbagai respons dari ramai pihak, termasuk dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN). Pimpinan BN secara konsisten memberikan hamburan negatif dan kutukan terhadap manifesto tersebut.

Media elektronik dan cetak yang dikuasai mereka secara konsisten mengkritik manifesto PH tanpa memberi walaupun sedikit ruang kepada pihak pimpinan PH untuk menjawab.

BN siang dan malam terus mengatakan bahawa manifesto PH dongeng, tidak realistik, boros, tidak logik, janji kosong dan bermacam-macam lagi.

Perkara yang sama juga telah dihamburkan sewaktu pilihan raya ke-12 apabila Pakatan Rakyat ketika itu menawarkan janji air percuma 20 meter padu buat kali pertamanya kepada rakyat Selangor.

Akhirnya, di bawah penguasaan kerajaan yang bersih dan telus, janji yang didakwa mustahil oleh BN telah berjaya dilaksanakan sehingga hari ini oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Keadaan yang sama berulang dalam soal manifesto PH yang dibentangkan baru-baru ini.

Manifesto Pakatan Harapan akan terus didakwa sebagai sesuatu yang mustahil, serta mimpi indah oleh Barisan Nasional.

Sememangnya apabila parti yang korup dan merompak duit rakyat itu terus menguasai kerajaan sudah pasti rakyat akan dinafikan segala yang dijanjikan ini. Ia sememangnya mustahil dan sekadar mimpi indah sekiranya diharapkan kerajaan BN untuk melaksanakannya.

Sewajarnya, pelbagai tohmahan yang dilontarkan pihak BN mahupun PAS boleh dijawab dan diperjelaskan.

Apa yang perlu adalah untuk ditemukan pimpinan PH bersama pengkritik-pengkritik tersebut dalam sebuah program debat terbuka di stesen televisyen utama seperti RTM, TV3, Bernama dan lain-lain yang pada hakikatnya didanai wang rakyat setiap tahun tetapi digunakan untuk kepentingan BN.

Barulah ramai dapat melihat kerajaan BN sebagai kerajaan berani dan terbuka.

* Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam merangkap Ketua Penerangan Parti Amanah Negara



Demikianlah Artikel BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto

Sekianlah artikel BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN kena berani ajak Pakatan debat manifesto dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/bn-kena-berani-ajak-pakatan-debat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :