Judul : Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor
link : Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor
Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor
ANTARAPOSBAGAN SERAI: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk menangkap dan mengeluarkan seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3.6 meter yang bersembunyi dalam sebuah stor di Jalan Kubu Gajah, di sini, pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan II Nasir Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu kira-kira 10.20 pagi sebelum beliau bersama empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Pengadu berusia lingkungan 40-an memaklumkan sewaktu mahu mengambil barang di stor penyimpanan barangan jentera berat, dia terkejut apabila melihat seekor tikus melompat di hadapannya.
"Sejurus diperiksa, pengadu tergamam melihat seekor ular sawa berlingkar di dalam sebuah bekas air yang tidak lagi digunakan dan segera memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba," katanya.
Nasir berkata, pasukannya dengan kekuatan lima anggota menggunakan peralatan khas dan berjaya menangkap ular itu dalam tempoh kurang lima minit.
Menurutnya, ular sawa itu diserahkan kepada Taman Eco Park Bukit Merah Laketown Resort untuk tindakan lanjut.
Demikianlah Artikel Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor
Sekianlah artikel Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bomba tangkap ular sawa bersembunyi dalam stor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/bomba-tangkap-ular-sawa-bersembunyi.html