Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH

Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH
link : Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH

Baca juga


Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH



Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH



Lebih ramai penyokong Pas dan Umno di Perak dijangka berani mengisytiharkan diri untuk meninggalkan parti masing-masing sejurus Parlimen dibubarkan.

Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau difahamkan mereka terbabit hanya menanti masa untuk berbuat demikian seterusnya mengundi PH pada pilihan raya akan datang.

“Kita nampak memang sekarang pun sebahagian mereka (penyokong Pas dan Umno) tunggu bubar Parlimen. InsyaAllah, baru mereka berani.

“Saya difahamkan sama ada di sebelah ‘keris’ (Umno) pun, ada yang menunggu masa bubar (Parlimen). Orang yang dulu berkeris pun nak pegang ‘bunga’ (Bersatu).

“Bahkan, (mereka) sudah buat pertemuan dengan 30 penyokong tegar Umno yang secara diam-diam menyebelahi kita (PH),” ujarnya dalam tazkirah sempena pembukaan Pejabat AMANAH Taiping malam tadi.

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak berkenaan berkata, situasi sama turut berlaku pada penyokong Pas di Parlimen Bagan Serai yang sebelum ini dikenali mempunyai ‘lubuk’ penyokong tegar parti tersebut.

“Begitu juga dengan penyokong bulan. Kalau di Bagan Serai, dulu ada rumah jadi tempat berhimpun orang bulan bermesyuarat. Sekarang tidak lagi. Maknanya, dia sudah beralih.

“Apa lagi kita difahamkan calon (Pas) yang hendak dikemukakan di Dun Semanggol dan Dun Selinsing tidak begitu diterima pimpinan kawasan. Orang negeri yang akan bertanding,” jelasnya.

Untuk rekod, P58 Bagan Serai disandang BN dengan majoriti kecil iaitu 1,140 undi. Bersatu bakal meletakkan calon mewakili PH di Parlimen tersebut pada PRU-14.

Sehubungan itu, Ustaz Ahmad yakin Perak akan bakal dimenangi PH pada PRU-14 namun menasihatkan langkah berjaga-jaga perlu dipandang serius bagi mengelak pihak musuh menyerap masuk dalam gabungan empat parti itu.

“Ini satu petanda harapan kita (untuk menang) cerah. Kita percaya InsyaAllah, Perak memang dijangka akan dapat dimenangi oleh PH.

“Kita disamping bekerja dan berdoa tapi sentiasa memerhati dan mengawasi pihak musuh yang mengupah orang untuk menyeludup.

“Bukanlah mencurigai semua orang tetapi mereka ini bila tiada pilihan, kaedah itu digunakan,” ujarnya.

Ustaz Ahmad turut mengingatkan tentang ancaman fitnah melalui media sosial yang perlu cermat ditangani PH.

“Zaman maya ini, telefon satu lagi kaedah yang boleh mengubah persepsi masyarakt yang boleh membawa fitnah, tuduhan dan skandal yang dikaitkan dengan pimpinan dan calon,” tambahnya lagi.



Demikianlah Artikel Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH

Sekianlah artikel Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/bubar-parlimen-lebih-ramai-orang-bulan.html

Subscribe to receive free email updates: