Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard

Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard
link : Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard

Baca juga


Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard

Oleh Umi Faten Nadia
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kesedaran sebahagian peneroka akan menghukum kerajaan Selangor dan Datuk Seri Azmin Ali apabila mereka memfailkan saman tuntutan berhubung isu penjualan tanah di mukim Ijok.
 
Badrul berkata, tindakan 113 peneroka itu akan menentukan sama ada wujud atau tidak salah guna kuasa yang berlaku terhadap 400 hektar tanah milik mereka yang dijual secara kontroversi oleh kerajaan negeri Selangor.
 
"Pertama sekali, alhamdulillah dan tahniah, tindakan berani kepada peneroka yang menjadi mangsa skandal tanah PKPS Ijok ini. Mereka dah jadi mangsa hampir 20 tahun kerana dua syarikat ini gagal.
 
"Ada sekumpulan peneroka mula sedar, istilah dia adalah 'keadilan dan hak' perlu dipertahankan bukan masa lagi. Akhirnya, ada peneroka yang setuju untuk bawa kes ini ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Skandal tanah Ijok ini bermula apabila tanah itu dibeli dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998. 
 
Namun selepas itu, ia dirampas kerajaan Selangor ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.
 
Walau bagaimanapun, selepas kerajaan negeri diambil alih Datuk Seri Azmin Ali, beliau menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat pemaju terbabit.
 
Dua pemaju itu kemudiannya menjual tanah itu dengan harga RM1.18 bilion kepada pihak ketiga. 
 
Bagaimanapun, pihak peneroka menerima bayaran pampasan mengikut harga asal tanah walaupun hampir 20 tahun tanah tersebut tidak dimajukan.
 
Badrul yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, usahanya memberi penerangan kepada peneroka berhasil apabila sebahagian peneroka  mahu mengambil tindakan untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri. 
 
"Yang paling menarik, kes di mahkamah ini bakal digunakan untuk mengasak kerajaan negeri, Azmin Ali, peguam yang terbabit, Sivarasa Rasiah, dua syarikat yang gagal. Iaitu syarikat pemaju tersebut dan juga syarikat pemaju baru, untuk kita heret masuk ke kandang mahkamah dengan menyerahkan semua dokumen yang berkaitan.
 
"Dan saya sangat percaya, sepanjang proses mahkamah ini, kepincangan dan sisi tamak mereka-mereka yang kononnya mempergunakan nama rakyat ini tapi sebenarnya korup akan kita berjaya dedahkan," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard

Sekianlah artikel Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesedaran peneroka akan hukum kerajaan Selangor - Chegubard dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/kesedaran-peneroka-akan-hukum-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :