Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR

Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR
link : Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR

Baca juga


Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggarkan mencecah RM400 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
 
Beliau berkata ia termasuk bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun serta honorarium.
 
Semua pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat mengira undi telah dikenal pasti dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan, katanya kepada agensi berita di sini.
 
Sejumlah 250,000 petugas sementara, katanya, dijangka diperlukan bagi membantu mengendalikan PRU14 itu.
 
"Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia termasuk pusat mengundi, pengangkutan, helikopter dan sebagainya," katanya.
 
Dalam memastikan proses RRU14 berlangsung secara telus dan adil, Mohd Hashim berkata SPR menjangkakan 100,000 wakil atau ejen calon bertanding akan menjadi pemerhati tetap terhadap segala proses pilihan raya.
 
Beliau berkata mereka terdiri daripada pemerhati di barung semakan SPR, ejen tempat mengundi (ETM) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengundian berlangsung dan ejen mengira undi (EMU) yang bertugas semasa proses pengiraan undi.
 
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pemerhati di luar pusat mengundi.
 
"Pendek kata, segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahuan mereka (ejen calon dan pemerhati).
 
"Pada PRU14 ini SPR akan pastikan semua calon yang bertanding menghantar wakil atau ejen mereka untuk bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan," katanya.
 
Mohd Hashim berkata pada PRU kali ini, SPR akan menghebahkan nama wakil atau ejen yang bertugas supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya itu berlaku dengan telus dan adil.
 
Justeru, katanya, parti-parti politik tidak perlu berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini.
 
"Dengan kehadiran ejen-ejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya," katanya.
 
Selain itu, Mohd Hashim berkata SPR juga sedang menunggu maklum balas daripada pemerhati-pemerhati antarabangsa termasuk dari negara anggota Komanwel dan ASEAN yang diundang untuk PRU14.
 
Katanya, SPR turut melantik pemerhati tempatan terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali serta wakil universiti.
 
Ditanya mengenai persiapan peribadinya memandangkan ini adalah kali pertama beliau menerajui SPR dalam menguruskan PRU, Mohd Hashim mengakui ia adalah cabaran besar yang menguji keupayaan serta kemampuannya.
 
Secara peribadi, saya menghadapinya dengan pelbagai perasaan, namun saya optimis akan dapat melakukannya dengan terbaik kerana turut dibantu oleh barisan ahli SPR, pegawai sekretariat dan petugas-petugas pilihan raya yang komited serta berpengalaman," katanya.
 
Menyifatkan tujuh pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 lepas sebagai medan latihan, Mohd Hashim berkata ia pengalaman amat berharga yang akan digunakannya untuk menguruskan PRU14.
 
 


Demikianlah Artikel Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR

Sekianlah artikel Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kos kendali PRU14 dianggar cecah RM400 juta - SPR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/kos-kendali-pru14-dianggar-cecah-rm400.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :