Judul : Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh
link : Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh
Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh
ANTARAPOSKUALA TERENGGANU: Mahasiswa diyakini mampu membuat keputusan bijak dan matang dalam menentukan kerajaan pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh.
Beliau berkata, sebelum saat itu tiba PRU14 mahasiswa telahpun melihat bagaimana kesungguhan kerajaan sedia ada meningkatkan sistem pendidikan tinggi negara dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
“Dalam menghadapi pilihan raya, kita telah pastikan mereka mendaftar mengundi dan balik mengundi dengan baik.
“Sekarang ini, mereka dilihat telah faham kedudukan dan kemajuan yang sedang berlaku dalam negara, tentang pertumbuhan ekonomi, pertukaran mata wang asing yang stabil dan antara terbaik di dunia,“ katanya dalam sidang media selepas merasmikan program jalinan kasih Persatuan Ibu bapa dan Guru di Kuala Terengganu hari ini.
Idris berkata mahasiswa juga sedar bahawa Barisan Nasional (BN) telah memberi pelbagai insentif kepada mereka sejak dahulu lagi dan berjaya membuktikan mampu mentadbir dengan baik.
Selain itu, beliau yang merupakan ahli Parlimen Besut berkata, pencapaian cemerlang dalam sistem pendidikan tinggi negara telah membuka mata banyak pihak hingga beliau menjadi pilihan untuk berkongsi “resepi” yang digunakan.
Katanya, beberapa bulan lepas beliau telah dipanggil untuk memberi ucaptama dan berkongsi idea dengan wakil kerajaan Arab Saudi dan Istanbul.
“Mereka percaya kita telah banyak berubah. Pendidkan tinggi negara kita berkualiti dan mereka sanjungi. Pencapaian ini meliputi keseluruhan aspek termasuk penilaian QS World Ranking dan lain-lain, ia bukan hanya satu aspek semata-mata,” katanya.
Tambahnya, keyakinan dunia terhadap sistem pendidikan tinggi juga dibuktikan dengan kemasukkan ramai pelajar daripada luar negara iaitu sehingga kini mencecah seramai 170,000 orang dan dijangka meningkat 200,000 orang menjelang 2020.
“Hebat negara kita. Sekarang ini pula di Besut ada 137 pelajar daripada 34 negara termasuk China, Jepun dan Yaman. Mereka ada program turun kampung...dahulunya program sebegini melibatkan pelajar dalam negara.
“Keadaan ini ini satu pengiktirafan bahawa pendidikan negara kita mempunyai kualiti dan sentiasa meningkat...sebab itulah ia jadi pilihan pelajar luar negara,” katanya.
Demikianlah Artikel Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh
Sekianlah artikel Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahasiswa bijak menilai mahu pangkah parti mana - Idris Jusoh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/mahasiswa-bijak-menilai-mahu-pangkah.html