Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah

Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah
link : Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah

Baca juga


Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah

Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah

Akibat harga barang mengalami kenaikan mendadak sedangkan gaji dan upah tidak berubah, kemiskinan khususnya di kalangan wanita yang menjadi ketua keluarga amat meruncing khususnya di negeri Kelantan.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, statistik dari pelbagai ajensi menunjukkan kesukaran hidup golongan ini amat kritikal.

“Walaupun ada pelbagai program pihak kerajaaan dan NGO yang cuba membantu, namun kesukaran yang mereka hadapi di luar bayangan fikiran kita,” katanya ketika berceramah di majlis perasmian bilik operasi pilihan raya Pakatan Harapan (PH) pusat daerah mengundi (PDM) Cherang, Kota Bharu malam tadi.

Semua ini katanya, akibat dasar pemerintahan sekarang yang terus menekan rakyat dengan memansuhkan pelbagai subsidi dan memperkenalkan pelbagai cukai baru terutama GST.

“Dengan menarik balik subsidi kepada keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak dan petrol kesannya terus kena kepada golongan berpendapatan rendah.

“Sekarang harga ikan, ayam dan daging terus melambung menyebabkan ada yang terpaksa kembali ke zaman lampau dengan makanan yang tidak seimbang.

Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah merasmikan pelancaran BOP PDM Cherang, Dun Tanjung Mas, Palimen Kota Bharu.

“Ada pesakit saya bila beli ikan terpaksa bilang berapa ekor ikut jumlah ahli keluarganya dan bukannya beli berapa kilo seperti orang lain,” katanya.

Beliau menyelar pihak-pihak tertentu yang berkata GST bukan sahaja dibuat oleh kerajaan kita tetapi juga banyak negara lain termasuk sekarang di Arab Saudi.

“Saya belajar di Australia dan memang mereka ada GST tetapi hasil kutipan ini jelas dikembalikan kepada rakyat.

“Bila lahir seorang bayi mereka terus pelbagai bantuan temasuk susu dan peralatan penyelenggaraannya.

“Orang yang tiada kerja diberi pampasan oleh kerajaan kerana menganggap itu kegagalan kerajaan untuk memastikan setiap rakyat mendapat pekerjaan yang setara dengan kemampunannya.

“Mereka juga ada jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang memastikan tiada rakyat yang tidak mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Sedangkan di negara kita menurutnya, hasil kutipan cukai termasuk GST sewenang-wenangnya digunakan untuk membayar hutang negara yang dibuat pemerintah yang langsung bukan untuk keperluan rakyat.

“Kini kita dihina oleh seluruh dunia kerana penyelewengan 1MDB.

“Harta dan mereka yang terlibat sedang diburu di serata dunia tapi di sini semua kata tidak ada sebarang salah laku dibuat.

“Di parlimen pun persoalan mengenainya tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau turut menyelar sikap Pas kebelakangan ini kerana disifatkan telah menjadi parti pak turut.
“Apa ertinya pergi ke parlimen kalau hanya mahu ambil sikap berkecuali.

“Rakyat mahu kita menyuarakan jerih pedih rakyat menghadapi kezaliman pemerintah dan bukan sekadar mahu jadi penasihat yang tidak lagi menyebelahi rakyat,” katanya.

Pada majlis malam tadi, Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah merasmikan pelancaran BOP PDM Cherang, Dun Tanjung Mas, Palimen Kota Bharu.

Turut berucap adalah Ketua AMANAH kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak.



Demikianlah Artikel Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah

Sekianlah artikel Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masalah wanita miskin di Kelantan meruncing, kata Dr Hafizah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/masalah-wanita-miskin-di-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :