Judul : Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat
link : Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat
Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat
OLEH SABIRAH AZIZ
BUKIT ANTARABANGSA: Masjid Bukit Antarabangsa hari ini melancarkan Program Infaq Jutawan Akhirat, bertujuan mengumpul dana bagi penyelenggaraan masjid berkenaan.
Program itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin dalam ucapannya berkata, penyelenggaraan masjid harus dijadikan budaya supaya beban yang ditanggung ahli pimpinan masjid dapat dikurangkan.
“Institusi wakaf di negara ini masih belum mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam.
“Bagaimanapun, ia harus menjadi budaya dalam kehidupan kita supaya dapat meringankan bebanan yang ditanggung pihak masjid.

“Maka, Kerajaan Negeri mengadakan pelbagai program bagi membangunkan institusi wakaf dengan melaksanakannya di pelbagai institusi Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Masjid Antarabangsa di sini, hari ini.
Dalam program hari terbuka itu, pelbagai aktiviti dijalankan bermula dari jam 5.45 pagi hingga 4 petang.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan itu berkata, ia selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mempertahankan kepentingan umat Islam.
“Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan terus memberikan sokongan dalam merealisasikan usaha seumpama ini,” katanya.
Demikianlah Artikel Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat
Sekianlah artikel Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masjid Bukit Antarabangsa lancar Program Infaq Jutawan Akhirat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/masjid-bukit-antarabangsa-lancar.html