Judul : Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng
link : Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng
Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberi tempoh empat hari kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk tampil memohon maaf.
Abdul Azeez juga turut menuntut Setiausaha Agung DAP itu, untuk menarik balik semua kenyataan kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Tegas beliau, sekiranya Guan Eng gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, satu tindakan saman akan dikemukakan oleh pihaknya pada minggu hadapan.
"Saya beri tempoh empat hari untuk Guan Eng mohon maaf secara terbuka di semua media arus perdana, menarik balik kenyataan fitnah dan berjanji untuk tidak mengulangi dakwaan sama terhadap saya.
"Saya juga menuntut Guan Eng mendedahkan sumber maklumat mengenai surat peguam yang dihantar oleh Konsortium Zenith pada 23 Februari lalu dan tersebar pada 24 Februari, sedangkan saya hanya terima surat itu pada petang 28 Februari.
"Jika semua tuntutan ini tidak dipatuhi, saya akan meneruskan tindakan saman fitnah minggu depan. Ini bukan semata-mata kerana cuba main-main dengan Azeez Rahim, tapi kerana Guan Eng turut mengaitkan Umno dan Tabung Haji dalam isu ini," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, itu antara kandungan surat tuntutan yang sudah dihantar ke pejabat Guan Eng serta rumahnya di Jalan Pinhorn di Jelutong, Pulau Pinang, petang semalam.
Semalam, Guan Eng dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Ahad lalu, Abdul Azeez memaklumkan Konsortium Zenith menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkannya dengan projek terbabit.
Demikianlah Artikel Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng
Sekianlah artikel Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohon maaf atau berdepan saman, kata Abdul Azeez kepada Guan Eng dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/mohon-maaf-atau-berdepan-saman-kata.html