Judul : Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang
link : Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang
Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang
Nuh AbqariSETELAH pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua menyelar Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai monyet serta menyifatkan pula bilangan penjawat awam yang ramai umpama memikul ‘biawak hidup’, kenyataan Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir baru-baru ini bahawa Pakatan Harapan akan memecat pegawai tertinggi kerajaan yang tidak ‘sebulu’ dengan mereka nyata memperlihatkan permusuhan jelas pakatan pembangkang itu dengan penjawat awam.
Tentulah Mukhriz telah tampil dengan langkah ‘damage control’ beliau dengan mengatakan bahawa kenyataannya berkenaan hal itu telah diputar belit. Seperti bapanya juga, langkah untuk ‘memperbetulkan’ keadaan itu tidak memberi apa-apa makna dan tidak juga mampu menutup kembali tembelang beliau yang telah pecah. Hakikatnya, kita hidup di zaman di mana semua perkembangan yang berlaku berada di hujung jari dan rakyat pula dapat menilai sendiri cerita sebenar yang dibuktikan melalui rakaman-rakaman audio dan video yang tersebar luas di media sosial.
Atas sebab itu, rakyat sendiri yang akan menilai siapa sebenarnya yang memutar belit fakta. Dalam isu yang melibatkan Mukhriz, kita tentu sudah tahu bahawa ini bukanlah kali pertama beliau cuba menyalahkan pihak lain atas kenyataan celupar yang dibuatnya. Sebelum ini pun Malaysia pernah dihebahkan bagaimana Mukhriz menyatakan beliau malu mengaku sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara khususnya ketika mengerjakan ibadah umrah. Tambah Mukhriz, beliau terpaksa mengaku sebagai rakyat Brunei kononnya akibat daripada rasa malu dengan pentadbiran negara pada masa ini khususnya apabila membicarakan isu 1MDB.
Dalam keadaan beliau menafikan perkara tersebut, video yang tersebar pula membuktikan sebaliknya. Apabila Mukhriz menuduh media memutarbelitkan kenyataannya itu, rakyat pula dapat menilai sendiri siapa sebenarnya yang berbohong. Dalam isu pemecatan pegawai tertinggi kerajaan ini, ternyata Mukhriz cuba mengambil langkah serupa tetapi akhirnya rakyatlah yang lebih bijak menilai siapa sebenarnya yang berdusta.
Kenyataan Mukhriz untuk memecat penjawat awam yang berpihak kepada PM Najib dan kepimpinannya sedikit sebanyak mencerminkan sikap autokratik dan kuku besi yang diwarisi daripada ayahnya, Mahathir. Tidak hairanlah sebelum ini rakyat turut dikhabarkan mengenai kepincangan pentadbiran negeri Kedah sewaktu beliau memegang tampuk pemerintahan negeri itu pada awal pasca PRU13 yang lalu. ‘Ugutan’ yang dibuat Mukhriz ini nyata membuktikan bahawa anak emas Mahathir itu masih belum matang berpolitik dan berdendam pula.
Bagi penjawat awam khususnya, kekhuatiran mereka mengenai hasrat Pakatan Harapan untuk mengecilkan saiz dan bilangan kakitangan kerajaan nampaknya bukan perkara yang boleh diremehkan lagi. Apa yang dinyatakan Mukhriz itu nampaknya perlu dipandang dengan serius.
Selama ini kita menjangkakan hanya DAP yang beria-ria mahu mengurangkan bilangan penjawat awam, rupa-rupanya PPBM pun tidak terkecuali. Kita masih belum pasti apakah pendirian PKR dan AMANAH dalam hal ini. Namun kapasiti Mukhriz sebagai timbalan presiden PPBM sudah cukup membayangkan betapa langkah pengurangan bilangan penjawat awam adalah sesuatu yang mungkin sahaja dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan.
Demikianlah Artikel Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang
Sekianlah artikel Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mukhriz Tayang Politik Dendam Pembangkang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/mukhriz-tayang-politik-dendam.html