PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam

PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam
link : PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam

Baca juga


PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam






KUALA LUMPUR: PAS akan meletakkan calon mereka di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi menentang DAP dan MCA pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti Islam itu berpeluang menang di kerusi itu yang disandang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sejak 2004.

“PAS sahkan akan letak calon di Ayer Hitam. Peluang kita ada.

“Kita masih berharap ‘untung sabut timbul’ dan kita mampu raih kemenangan,” katanya kepada FMT ketika ditemui di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam pada PRU14.

Wee semalam dilaporkan mengalu-alukan Pakatan Harapan menentangnya di kerusi Parlimen Johor itu.

“Lagipun ini negara demokratik dan sesiapa pun boleh bertanding jika mereka mahu,” katanya yang tidak pernah memandang rendah pencabarnya.

Wee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam selama 3 penggal, selepas menewaskan calon PAS, Hu Pang Chow dengan kelebihan 7,310 undi pada PRU13.

Ibrahim berkata, jentera PAS sudah memulakan gerak kerja di Ayer Hitam, walaupun calonnya belum diumumkan.

“Kita akan umum calon kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim mengumumkan penyertaan Parti Generasi Baru dalam Gagasan Sejahtera.

Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Kumar Silambaram mengucapkan terima kasih kepada PAS.

“Gabungan ini menjadi satu medium baharu untuk kaum lain seperti India,” kata Kumar.

Gagasan Sejahtera ialah blok ke-3 yang turut dianggotai parti kecil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Guan Eng perguna kanak-kanak untuk tujuan politik

Ibrahim turut menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggunakan kanak-kanak untuk menyanyikan lagu ABC yang menyindir kerajaan pusat dengan membangkitkan GST dan 1MDB.

Katanya, DAP tidak sepatutnya berbuat demikian selepas mereka mengkitik Barisan Nasional (BN) menggunakan pelajar sekolah menyanyikan lagu Umno.

“Saya fikir kalau kita satu masa menentang BN gunakan pelajar sekolah, kita kena konsisten.

“Jangan menentang bila BN buat, tetapi tiba-tiba kita buat (perkara sama).”

Ibrahim berjanji PAS tidak akan menggunakan pelajar sekolah demi kepentingan politik.

“Ini hanya menunjukkan suasana terdesak. Kita (PAS) konsisten tidak libatkan pelajar dalam kempen pilihan raya.”

Semalam, Penang Front Party (PFP) bersama 2 badan bukan kerajaan (NGO), Kebajikan Surplus Pulau Pinang dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia membuat laporan polis ke atas Lim yang didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politik.

Mereka menyifatkan tindakan Lim menyanyikan lagu “ABC” dengan sekumpulan kanak-kanak yang kandungan liriknya dilihat menyindir kerajaan BN, sebagai menghina kerajaan pusat.

Video selama 32 saat itu tersebar di media sosial memaparkan lirik “A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mee, semua kena GST, bayar untuk 1MDB”.

 Lagu ABC bermesej politik, laporan polis terhadap Lim Guan Eng



Demikianlah Artikel PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam

Sekianlah artikel PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS akan lawan DAP, MCA di Ayer Hitam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/pas-akan-lawan-dap-mca-di-ayer-hitam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :