Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis

Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis
link : Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis

Baca juga


Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
SHAH ALAM: Di mana sekalipun pengundi itu ditempatkan susulan pelaksanaan persempadanan baru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ia tidak mengubah pilihan yang akan dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, hasil kajian persempadanan semula itu yang dibantah hebat pembangkang, sengaja 'memainkan' isu perpindahan pengundi, sedangkan ia bukanlah seperti yang digambarkan mereka.
"Keputusan akhirnya adalah pada pengundi itu sendiri. Tidak kira kemana mereka berada, mereka akan tetap buat pilihan mengikut citarasa mereka.                         
                 
"Kalau pengundi itu mengundi pembangkang misalnya, tidak kira di mana mereka diletakkan untuk mengundi tetap akan sokong pembangkang. Sama juga dengan penyokong kerajaan kalau pindah pun ke kawasan mana mereka akan tetap akan sokong kerajaan.
"Menggunakan isu perpindahan kerusi untuk menuduh SPR membantu BN sebenarnya tidak betul kerana ianya memberi kesan kepada kedua dua pihak. BN dan juga pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 
Semalam, usul persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR lulus selepas sesi belah bahagi di Dewan Rakyat, dengan 129 menyokong dan 80 menolak.
Ia berjaya diluluskan selepas dibentangkan dan dibahaskan oleh tujuh wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak.
Meskipun keputusan telah dicapai, suasana Dewan Rakyat 'panas' dengan kekecohan yang dicetuskan wakil rakyat pembangkang yang membantah keputusan itu.  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan mengganggu, mempengaruhi atau mencadangkan perubahan pada cadangan SPR itu.
Persempadanan semula yang merangkumi kawasan parlimen dan negeri ini akan digunapakai SPR jika ia diwartakan sebelum Parlimen ke-13 dibubarkan bagi membolehkan PRU14 diadakan.
Hanya mahu raih undi simpati
Dalam pada itu, Azmi juga mempersoalkan tindak-tanduk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut serta membantah persempadanan dilaksana SPR itu meskipun pernah melalui proses seumpamanya sebelum ini.
Sambil menyifatkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai menyedihkan, Azmi berpandangan beliau dilihat lebih bermotifkan demi meraih simpati pengundi. 
"Dr Mahathir walaupun beliau tahu proses ini, beliau telah melaluinya beberapa kali. Tapi beliau tetap protes bersama-sama dengan pembangkang. Hanya untuk tunjukkan bahawa pembangkang telah dianayai. Tujuannya tidak lebih lagi untuk meraih simpati pengundi. Itu yang sedihnya. Perkara di Parlimen itu sengaja dipolitikkan," ujarnya. 
Dr Mahathir dalam reaksinya semalam yang turut berhimpun secara haram di luar Bangunan Parlimen, menyifatkan persempadanan semula itu sebagai tindakan zalim dan satu usaha untuk merampas hak rakyat untuk memilih pada PRU14 nanti.
Azmi berpendapat, SPR terpaksa melaksanakan persempadanan semula berdasarkan faktor pertambahan pengundi sejak kali terakhir ia dilaksanakan pada tahun 2003.
Daripada 2003 hingga sekarang terdapat pertambahan lebih 3 juta pengundi. Pertambahan 3 juta pengundi, SPR tidak mempunyai pilihan selain melakukan proses persempadanan semula ini," menurut Azmi. 
Untuk rekod, kali terakhir urusan persempadanan dibuat pada 2003. 
Perlembagaan Persekutuan membenarkan urusan persempadanan dibuat bagi tempoh minimum setiap lapan tahun sekali atau sekiranya berlaku pengwujudan wilayah baru atau penambahan/pengurangan bilangan kerusi dewan.


Demikianlah Artikel Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis

Sekianlah artikel Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persempadanan semula: Pilihan tetap di tangan pengundi - Penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/persempadanan-semula-pilihan-tetap-di.html

Subscribe to receive free email updates: