Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan

Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan
link : Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan

Baca juga


Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Pasukan peronda polis bantuan menemui bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira dua minggu ditinggalkan di bawah pokok di tepi Jalan Kota Masai Utama, Pasir Gudang, dekat sini.
 
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bayi seberat 3.5 klilogram itu ditemui polis bantuan ketika membuat rondaan di kawasan itu pada jam 3.11 petang, pada Jumaat lalu.
 
"Ketika melakukan rondaan di Ecoworld Jalan Masai Utama, polis bantuan berusia 33 tahun itu ternampak satu bungkusan di tepi jalan di atas rumput.
 
"Apabila didekati, didapati seorang bayi perempuan tidak diketahui bangsanya dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain sedang menangis," katanya mengesahkan kejadian itu, hari ini.
 
Beliau berkata, berikutan itu, pengadu menghubungi Balai Polis Taman Scientex untuk membuat laporan kejadian itu.
 
"Berdasarkan siasatan, bayi itu berusia dua minggu dan dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia berdasarkan kulit sawo matang.
 
"Ketika ditemui tiada sesiapa di kawasan itu dan bayi dalam keadaan sihat, selain usaha mengesan ibu bapa sedang dilakukan," katanya.
 
Jokhiri berkata, susulan itu bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan mendapati keadaannya sihat.
 
"Bayi itu kemudian diserahkan kepada JKM untuk penjagaan dan sehingga kini tiada siapa yang menuntutnya," katanya.
 
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 
Sebungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau IPD Seri Alam 07-3864222.
 
Kisah penemuan bayi itu tular di media sosial sejak semalam dengan menampilkan gambar dua anggota polis bantuan dan bayi perempuan lengkap berpakaian dengan selimut merah jambu diletakkan dibawah pokok di tepi jalan.
 
 


Demikianlah Artikel Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan

Sekianlah artikel Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis bantuan temui bayi menangis di tepi jalan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/polis-bantuan-temui-bayi-menangis-di.html

Subscribe to receive free email updates: