Judul : Rafizi sahkan tak tanding PRU14
link : Rafizi sahkan tak tanding PRU14
Rafizi sahkan tak tanding PRU14
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, hari ini memaklumkan dirinya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau mengumumkan perkara itu sendiri dalam ucapannya semasa memulakan perbahasan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Ini adalah ucapan saya yang terakhir dalam dewan ini Yang Dipertua, memandangkan saya tidak akan bertanding dalam PRU akan datang.
"Saya meminta maaf sekiranya kritikan pedas saya selama lima tahun yang lepas di dalam dewan mulia ini melukakan hati pihak sebelah sana (kerajaan)," kata naib presiden Parti Keadilan Rakyat itu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sangat terbuka ketika berhujah dengannya.
Keputusan Rafizi itu, dipercayai dibuat selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya, kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.
Selain Rafizi, seorang bekas kerani bank Johari Mohamad, juga didapati bersalah atas kesalahan yang sama.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Rafizi dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.
Demikianlah Artikel Rafizi sahkan tak tanding PRU14
Sekianlah artikel Rafizi sahkan tak tanding PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi sahkan tak tanding PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/rafizi-sahkan-tak-tanding-pru14.html