Judul : Rewang hanya separuh orang datang
link : Rewang hanya separuh orang datang
Rewang hanya separuh orang datang
AMNI JAGATPerjalanannya memakan masa dua jam setengah dari Johor Baharu dan ianya berada di Batu Pahat.
Namun jika dilihat dari sudut peta persempadanan pilihan rayanya, Kampung Parit Bisu ini terletak di bawah Parlimen Parit Sulong.
Parlimen yang menyaksikan majoriti sebanyak 11,753 undi yang dimenangi oleh Datuk Noraini Ahmad mewakili Umno-BN. Di bawah parlimen ini adanya dua Dun, iaitu Sri Medan dan Semerah. Sememangnya kedua-dua Dun ini boleh dikatakan sebagai kubu kuat Umno-BN.
Ceritanya bermula daripada pemantauan menarik 22 Februari 2018. Sebelum ini, Parlimen Parit Sulong pernah digegarkan dengan kehadiran ribuan orang ramai yang membanjiri tapak program di Sri Medan yakni salah satu Dun di bawah parlimennya.
Pemantauan kali ini adalah tertumpu kepada kampung-kampung tradisi atau warisan yang sememangnya banyak di kawasan Parit Sulong. Sasarannya adalah pandangan orang ramai khususnya penduduk kampung di Sri Medan kerana Dun berkenaan sebelum ini adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan Umno-BN di Parlimen Parit Sulong.
Seketika singgahan ini bermula di sebuah kedai kopi di Bagan yang memang menjadi tumpuan penduduk kampung di situ. Bertemu dengan individu yang digelar Pak Su, berumur 59 tahun namun fizikal masih gagah.
Bila ditanya pada Pak Su berkenaan dengan politik semasa, beliau menjawab lancar dengan menyebut ‘kali ini pastinya undi kami akan berubah’. Bila ditanya siapakah ‘kami’ yang dimaksudkan, beliau menjawab ‘sekumpulan rakannya dari Bagan’.
Bagan mengandungi pengundi yang ramai dan suasananya adalah bentuk kampung warisan. Pak Su menyambung selepas ditanya mengapa ia serta kumpulan rakannya mahu berubah, beliau menjawab ‘demi menyelamatkan negara dan beri peluang kepada yang lain untuk membuat perubahan’.
Setelah puas bertanya kepada Pak Su yang sebelum ini adalah pengundi tegar Umno, tinjauan diteruskan ke sebuah lagi gerai makan yang berjarak sekitar lima kilometer dari gerai makan yang dikunjungi Pak Su.
Kali ini di Kampung Parit Bisu yang mengandungi 50 buah rumah seperti yang dikhabarkan.
Bertemulah dengan Kak Siti atau Kak Ti yang juga peniaga di gerai tersebut yang telah terbina selama 30 tahun di tapak berkenaan. Suami Kak Ti adalah seorang pelumba motorsikal lasak dan suaminya mengalami sakit jantung.
Di gerai tersebut terdapat sekumpulan manusia yang menyinggah. Semuanya adalah penduduk di Kampung Parit Bisu. Hakikatnya di situ adalah tempat tumpuan Umno-BN yang kuat dan secara langsung Kak Ti memberitahu beliau adalah salah seorang Wanita Umno di situ.
Kak Ti menyebut, hari ini di kampung tersebut sudah tidak ramai yang mahu turun rewang sekiranya UMNO di kawasan berkenaan mengadakan program. Beliau hari ini merasa lemah dan panik dengan keadaan yang dialami serta kerisauannya mendalam.
Kak Ti juga menyambung dari culaan yang dibuat di kampung ini terdapat separuh dari kampung tersebut telah membuat keputusan untuk menyokong pembangkang. Perkara ini adalah dilema yang dialami oleh pengerak Wanita Umno sepertinya.
Perkara itu disambut oleh beberapa individu yang bersuara seperti Pak Isnin yang juga membuka mulut agar perkara ini dihentikan kerana dilihat ia akan menjadi bahaya demi menyelamatkan Umno. Pak Isnin menyambung, sebelum ini perkara sedemikian tidak pernah berlaku.
Luahan dan cerita dari orang kampung telah digarapkan sebagai suatu pemantauan agar Pakatan Harapan (PH) terus untuk mendekati hati masyarakat. Sesungguhnya gelombang yang digembar-gembur itu hakikatnya wujud. Dari itulah dapatan dari tinjauan ini telah membuktikan penghasilannya.
Demikianlah Artikel Rewang hanya separuh orang datang
Sekianlah artikel Rewang hanya separuh orang datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rewang hanya separuh orang datang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/rewang-hanya-separuh-orang-datang.html