Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz

Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz
link : Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz

Baca juga


Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz

Mukhriz Mahathir di atas pentas bersama pemimpin Pakatan Harapan. Bekas MB Kedah itu mengakui pernah memainkan politik kaum terhadap DAP. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir melahirkan rasa kesal kerana mengamalkan politik perkauman semasa bersama Umno suatu ketika dulu, selain mensasarkan DAP sebagai parti perkauman.

“(Tuduhan) Melayu akan hilang, azan tak berkumandang (dan seumpamanya). Saya mengaku, saya pun pernah sebut bila berdepan dengan hadirin yang 100% Melayu.

“Saya fikir balik memang rasa bersalah, menyesal kerana saya dah mula faham kerana ketika dalam Umno, DAP ini (dijadikan) ‘bogeyman’,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata selepas PPBM menjadi sebahagian Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR, baru beliau sedar DAP yang dipimpin Lim Kit Siang tidak seperti yang dituduh Umno.

“Walhal sekarang ini baru kita faham kita semua parti politik dalam negara yang kita sama-sama menjadi rakyat.

“Saya lihat sekarang cara DAP urus Pulau Pinang banyak kebaikan, orang Melayu sendiri iktiraf, jadi perkara itu tak timbul dah,” katanya.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata Umno mengamalkan politik perkauman apabila parti itu tidak dapat menyelesaikan masalah besar dan menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan Lim akan menjadi perdana jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

Beliau mempersoalkan dakwaan itu dan berkata PH sudah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Mukhriz berkata walaupun PPBM ditubuhkan berasaskan kaum, partinya tidak akan menggunakan pendekatan perkauman seperti Umno.

“Memang jelas Umno guna retorik semangat perkauman sehingga ke tahap menjejaskan hubungan dengan etnik lain. Ini yang wajib kita elakkan.

“Kita pertahankan hak keistimewaan Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan.”



Demikianlah Artikel Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz

Sekianlah artikel Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya kesal main politik kaum dulu, kata Mukhriz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/saya-kesal-main-politik-kaum-dulu-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :