Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi

Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi
link : Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi

Baca juga


Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemimpin tertinggi PAS tidak menolak tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang sehingga kini menyekat peruntukan wakil rakyatnya, kerana mahu memberi tekanan kepada parti itu ekoran gagal memujuk untuk satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, PKR adalah parti yang akan paling terkesan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru kelak. 
 
"Pada pandangan saya apa yang dilakukan ini adalah untuk menekan PAS, supaya PAS menerima cadangan 'electoral pact' dengan PKR. PKR nak dera PAS supaya PAS menerima cadangan itu supaya tak berlaku pertandingan tiga penjuru terutama di kawasan-kawasan PKR-lah. Sebab PKR adalah parti yang akan terkesan teruk apabila berlakunya pertandingan tiga penjuru," katanya ketika ditemubual Antarapos.
 
Menjelaskan lebih lanjut, menurut Zuhdi senario pilihan yang akan dibuat pengundi dilihat lebih menjurus kepada dua buah parti yang sudah lama bertapak dalam arena politik negara, berbanding PKR yang baru menjangkau usia 20 tahun.
 
"Kebanyakan kerusi-kerusi yang ditandingi PKR, ialah kerusi-kerusi marginal. Yang memerlukan sokongan daripada kaum Cina dan juga Melayu, bahkan sokongan kaum Melayu tu lebih. 
 
"Kerusi-kerusi marginal ini apabila PAS masuk dan akan (jadi) tiga penjuru dengan PKR maka pengundi-pengundi Melayu akan pergi kepada dua yang utama. Mungkin PKR akan dapat beberapa peratus (undi), (tapi) yang utama dia akan pergi kepada Umno  atau PAS," jelas beliau.
 
Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada Azmin bahawa PAS tidak akan tertekan dengan ugutan seperti itu. 
 
"Cuma saya nak sebut PAS ni parti yang tak tunduk kepada ugutan. Kita dah lama berkecimpung dalam politik Malaysia ni, sejak pilihan raya pertama 1955. PKR baru 20 tahun, PAS sudah hampir 60 tahun. 
 
Kita pernah menerima ugutan-ugutan yang lebih teruk daripada itu," katanya.
 
Tambah Zuhdi lagi, selain pertandingan tiga penjuru, isu persempadanan semula di Selangor turut menggusarkan Azmin dalam mempertahankan negeri yang dimenangi sejak 2008.
 
Isu rundingan agihan kerusi antara PAS-PKR menjadi kontroversi selepas PKR dikatakan beberapa kali memujuk parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, namun menemui kegagalan.
 
PAS berpendapat selepas terputusnya hubungan tahaluf siyasi antara dua parti itu, tiada lagi sebarang rundingan yang boleh berlaku untuk mendepani PRU14.
 
Usaha PKR itu juga menimbulkan perbalahan dalam kalangan ahli dan penyokong mereka, sehingga ada yang meletak jawatan sebagai tanda bantahan.
 
 


Demikianlah Artikel Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi

Sekianlah artikel Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekat dana: Cubaan Azmin tekan PAS Selangor - Zuhdi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/sekat-dana-cubaan-azmin-tekan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :