SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14

SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14
link : SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14

Baca juga


SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kesiapsiagaan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara kini berada di tahap 100 peratus bagi memastikan kelancaran perjalanan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
 
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kesiapsiagaan itu meliputi tenaga kerja dan logisitik kelengkapan yang diperlukan selain diperkuatkan dengan latihan, kursus dan penerangan jelas  mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 
“Sebenarnya, persiapan  kita untuk adakan PRU ini  telah dilakukan sejak dua tahun lepas. Kita telah persiapkan petugas-petugas di tempat mengundi dan pengiraan undi di seluruh negara,” katanya kepada Bernama sewaktu menjadi tetamu di Program Ruang Bicara, Bernama News Channel, malam tadi. 
 
Beliau berkata dijangkakan seramai 250,000 petugas melibatkan SPR dan anggota keselamatan serta pertahanan negara akan terlibat dalam PRU kali ini.
 
Mohd Hashim berkata pihaknya juga telah bersiap siaga dari segi  kelengkapan untuk PRU14 ini termasuk dari segi kemudahan lebih selesa kepada orang kelainan upaya (OKU) seperti memberi bantuan  ke tempat mengundi, kemudahan kerusi roda bagi pemilih uzur atau kurang upaya.
 
Menyentuh mengenai bekalan dakwat kekal, beliau berkata ia telah ditempah awal dan hanya menunggu detik PRU14 sebelum dihantar pembekal untuk digunakan.
 
Mengulas mengenai kempen pilihan raya, Mohd Hashim berkata 11 hari adalah waktu minimum untuk  berkempen dan pihaknya akan mengkaji kepentingan sama ada ini perlu dilanjutkan.
 
Mohd Hashim juga optimis, pihaknya akan dapat mengendalikan  perjalanan PRU dengan cara terbaik,  telus, ikhlas dan bersih mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.
 
Beliau menegaskan bahawa SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak.
 
 


Demikianlah Artikel SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14

Sekianlah artikel SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR sedia pada bila bila masa untuk PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/spr-sedia-pada-bila-bila-masa-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :