SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama

SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama
link : SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama

Baca juga


SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama

 
SPR juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung.
 
 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia dalam Laporan Kajian Semula Persempadanan.

Badan bebas itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung.

Ini menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi.

Bagaimanapun, PRU14 ini tidak akan menyaksikan pertandingan bagi 82 kerusi DUN Sarawak kerana negeri itu sudah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Keempat-empat syor itu terkandung dalam laporan berkenaan, meliputi kajian semula persempadanan di semua negeri di Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Cadangan perubahan nama itu ada hanya pindaan daripada ejaan lama kepada ejaan baru dan ada meliputi perubahan seperti kawasan Parlimen Bangi yang asalnya dikenali sebagai Parlimen Serdang, Parlimen Subang (Kelana Jaya), Parlimen Damansara (Petaling Jaya Utara) dan Parlimen Iskandar Puteri (Gelang Patah).

Urusan kajian semula persempadanan itu selaras dengan peruntukan Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip persempadanan dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah perlembagaan itu.

Kali terakhir kajian semula persempadanan itu diadakan pada 2003 dan menurut Perlembagaan Persekutuan ia perlu diadakan sekurang-kurangnya lapan tahun.

Menurut laporan berkenaan, kriteria kajian semula itu berdasarkan keadaan geografi dan topografi kawasan, tahap pembangunan kawasan terlibat, keadaan demografi, kepadatan penduduk dan bilangan pemilih, serta kemudahan asas infrastruktur seperti jalan raya dan sistem komunikasi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 600 representasi daripada 1,685 representasi yang diterima diadakan siasatan tempatan.

Antara bantahan dibangkitkan ialah pemindahan daerah mengundi dari satu kawasan ke kawasan lain dan jurang bilangan pemilih.

SPR ada menerima dan ada menolak representasi bantahan itu dengan alasan memelihara hubungan komuniti tempatan dan mengurangkan jurang bilangan pemilih antara satu kawasan dengan kawasan lain.

Kajian semula persempadanan sejak 15 September 2016 itu dilakukan dengan telus melalui proses notis persempadanan, pameran, syor, representasi dan siasatan tempatan.

Menurut laporan itu, jumlah pemilih di Semenanjung Malaysia adalah 11.3 juta orang atau dengan tepatnya 11,379,352 orang mengikut daftar pemilih yang diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dan 6 September 2016.



Demikianlah Artikel SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama

Sekianlah artikel SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR syor 12 Parlimen, 28 DUN berubah nama dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/spr-syor-12-parlimen-28-dun-berubah-nama.html

Subscribe to receive free email updates: