Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara

Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara
link : Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara

Baca juga


Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara





Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara



Atas kesedaran untuk lakukan perubahan kepada negara bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan mengambil keputusan untuk berjuang di atas landasan parti dan menyeru golongan muda mengikuti jejaknya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Membuat keputusan untuk memilih Bersatu parti serpihan Umno ini  adalah perkara pertama yang beliau perlu lakukan hari ini.

“Sebenarnya penglibatan dalam politik agak lama yang berbentuk kepartian ini ketika saya berada di United Kingdom lagi. Saya tidak terlibat dengan satu parti sahaja.

“Bezanya hari ini saya menetapkan pendirian untuk memihak kepada satu parti sahaja. Ini kerana hasil daripada pergaulan pelbagai pihak sebelum ini, pengalaman yang saya perolehi selama ini tidak perlu lagi diteruskan jika kita tidak memihak.

“Kita berada dalam satu situasi di mana semua orang nampak ada masalah melanda negara. Selama mana lagi kita nak duduk dalam satu peringkat yang sama. Sama ada tanpa mempedulikan ia salah atau betul,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Justeru beliau menyeru rakan-rakan golongan profesional, tokoh korporat, ahli-ahli akademik , anak muda untuk bangkit bersama menyatakan hak di hadapan pemerintah hari ini.

“Parti ini satu parti muda yang dianggotai ramai anak muda. Inilah parti yang akan mencorakkan masa depan negara. Dan kita boleh memainkan peranan yang signifikan dalam parti ini.,” ujarnya.

Wan Saiful yang juga penganalisis politik kini menjadi ahli seumur hidup Bersatu dengan no keahlian 00109721 dan penyerahan kad ahli telah disempurnakan oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan Wan Saiful akan dilantik sebagai Timbalan Biro Dasar dan Strategi parti  juga  berkemungkinan akan dilantik mengisi kekosongan bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi parti dalam waktu terdekat ini.


Wan Saiful Wan Jan (kiri) ketika berucap pada sidang medianya mengumumkan menyertai Bersatu.
Ditanya kemungkinan beliau bersedia sekiranya menjadi calon pilihan raya akan datang, Wan Saiful tidak menolak kemungkinan itu dan menyerahkannnya kepada keputusan parti.

“Itu keputusan parti…kalau saya tidak bersedia saya tidak menyertai parti. Ini hari pertama saya, tak boleh pandai-pandai buat keputusan sendiri, kalau tidak lima minit lagi saya kena pecat,” ujarnya berseloroh mengundang ketawa hadirin.

Ketika diajukan soalan kedudukan Wan Saiful dalam Bersatu kepada pucuk pimpinan Bersatu, Muhyiddin berkata, partinya  mempunyai beberapa lagi tokoh yang berkemungkinan akan disenaraikan sebagai calon pada PRU ke-14 kali ini.

” Beliau tokoh yang kita iktiraf sebab itu hari ini ‘special’ sikit. Ini kerana kehadirannya menokok apa yang kita telah buat selama ini akan dapat membantu kita dalam gerak kerja parti.

“Sekiranya kekosongan yang sudah berlaku dalam MPT boleh diisi dengan lantikan beliau kelak.
Satu lagi peranan yang paling penting bila berada peringkat pimpinan tertinggi yang mana idea dan pandangan beliau akan dapat dibincangkan bersama.

” Beliau tokoh baru dan dalam peringkat kita nak menilai siapa yang layak tidak bolehlah kita nak ketepikan beliau di tempat-tempat yang akan kita tandingi di parlimen dan negeri…ini proses biasa dalam mana-mana parti politik,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Pengarah Dasar dan Strategi Dr Rais Hussein dan Timbalannya Abu Hafiz Salehuddin dan Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



Demikianlah Artikel Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara

Sekianlah artikel Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Saiful seru golongan muda sertai Bersatu atas kesedaran lakukan perubahan kepada negara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/wan-saiful-seru-golongan-muda-sertai.html

Subscribe to receive free email updates: