Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry

Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry
link : Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry

Baca juga


Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry

Shafiq Noordin, Astro Awani
Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry
ZAMBRY: BN Perak kini hanya tunggu arahan rasmi Pengerusi BN sebelum umum calon - Foto Astro AWANI
 

IPOH: Kesemua parti dalam Barisan Nasional (BN) Perak telah mencapai persetujuan mengenai soal pengagihan kerusi di negeri ini.

Senarai nama calon yang bakal bertanding akan diumumkan sebaik sahaja mendapat arahan rasmi daripada pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa dari sekarang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya juga dijangka akan melancarkan manifesto BN peringkat negeri, di sini pada Rabu ini.

“Terima kasih kepada semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin utama parti komponen kerana memberikan perspektif luas untuk memastikan kita menang. Ia bukan lagi persoalan kuota atau kerusi itu dimiliki oleh sesebuah parti tapi kita bincang semuanya dalam konteks untuk memang.

“Ia (senarai calon) agak awal nak diumumkan sekarang walaupun proses penamaan calon itu dah siap, ia hanya menanti masa sahaja.

“Kalau ada berita mengatakan (BN) Perak tidak umum nama calon kerana disebabkan masalah dalaman serius adalah tidak benar, seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) Perak merupakan antara negeri paling kurang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 Majlis Belia Negeri Perak, di sini pada Ahad.

Tambah Menteri Besar Perak itu walaupun dijangkakan pihak pembangkang akan mengunakan isu pengagihan kerusi itu untuk memecah-belahkan BN Perak namun beliau yakin pihaknya tidak akan terkesan.

“Tentunya pihak di sebelah sana akan ambil kesempatan, ada kerusi-kerusi tertentu difikirkan lebih baik diberikan kepada salah satu parti komponen kita bertanding dan mengatakan ini adalah tindakan buli dan sebagainya.

“Ia bukan soal dibuli tapi keputusan itu (pengagihan kerusi) dibuat atas semangat untuk memberikan kemenangan kepada BN dan kita telah mencapai kata sepakat,” katanya.

Mengenai manifeso yang bakal dilancarkan, beliau berkata, ia dirangka bukan hanya sekadar janji semata-mata sebaliknya ia merupakan pelan yang serius demi kemajuan serta masa depan negeri Perak.

“Manifesto kita adalah polisi yang serius untuk masa depan negeri ini, bukan hanya nak umum itu ini kalau menang, BN bukan begitu, kita akan umumkan perkara-perkara demi masa depan daripada segi ekonomi, sosial dan sebagainya.

“Sudah tentu ia juga akan melibatkan orang muda (belia) kita bukan hanya beri harapan, mereka adalah sebahagian daripada kita, ia akan diterjemahkan dalam manifesto itu nanti.



Demikianlah Artikel Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry

Sekianlah artikel Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agihan kerusi BN Perak selesai, tunggu 'lampu hijau' pengerusi BN - Zambry dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/agihan-kerusi-bn-perak-selesai-tunggu.html

Subscribe to receive free email updates: