Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama

Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama
link : Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama

Baca juga


Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama





KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Mohamed Hanipa Maidin mengancam mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap golongan agama yang menyeru beliau supaya bertaubat.

Beliau yang juga pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa golongan agama itu lagi berbahaya daripada golongan jahil kerana meminta beliau bertaubat disebabkan membuat kenyataan “kalau aku Tuhan..” di Dewan Rakyat.

“Untuk golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil , saya tidak teragak agak untuk menyaman anda!!!

“Saya anggap mereka lagi berbahaya dari golongan jahil. Kenapa? Sebab mereka, bagi saya, ada ilmu tapi malangnya tak guna ilmu dengan betul. Maaflah jika saya kasar sikit,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Antara yang memberi nasihat supaya beliau bertaubat termasuk Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang dilihat umum cenderung menyebelahi Pakatan Harapan malah turut meminta beliau berbuat demikian.

Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu berkata: “Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah..geli”

Beliau berkata demikian apabila dinasihatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya tidak bersikap bongkak dan takbur kerana ia dilarang Islam.

Hanipa tanpa menghiraukan nasihat itu seterusnya berkata: “Kalau saya Tuhan. Saya tak jadikan kamu. Dah lama saya hapuskan”

Kenyataan Hanifa itu mendapat perhatian wakil rakyat PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang bangun menegurnya.

Mohd. Khairuddin menjelaskan kenyataan Hanifa kalau beliau Tuhan itu boleh merosakkan akidah seseorang umat Islam.

Hanipa menyindir Mohd. Khairuddin yang juga ahli majlis dewan ulama PAS sebagai penunggang agama.

Perang mulut antara wakil rakyat Pakatan Harapan dan PAS mengenai akidah Islam berlarutan selama beberapa minit

Mohamed Hanipa dalam kenyataan hari ini namun mempertahankan tindakan beliau mengeluarkan kenyataan “kalau aku Tuhan”

Beliau mendakwa berkata demikian kerana seorang wakil rakyat BN menyindirnya “kamu ni Tuhankah?”

Sindirian itu dibuat kerana Mohamed Hanipa membayangkan Pakatan Harapan akan menang dalam PRU14 dalam ucapannya.

“Saya juga menyambung selepas ayat “kalau itu” dengan ayat “Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan”
“Saya tak akan tarik balik kenyataan saya,” katanya lagi.

Mohamed Hanipa mendabik dada beliau pernah mempelajari syariah dan ” adabul qada’ fi al-Islam” serta “turuq al-ithbat” malah seorang pengamal undang-undang selama 23 tahun. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ahli-parlimen-amanah-sepang-ancam-saman.html

Subscribe to receive free email updates: