Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14

Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14
link : Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14

Baca juga


Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Anak bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Aziz, mengesahkan tidak akan bertanding di bawah tiket Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berusia 53 tahun itu, berkata beliau tidak akan bertanding sebagai calon Amanah seperti yang heboh diperkatakan kerana tidak mendapat restu daripada ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak.
 
"Ibu meminta saya supaya tidak terbabit dalam pertandingan sama ada di bawah PAN (Amanah) atau menjadi calon kepada mana-mana parti.
 
"Beliau (ibu saya) tidak mahu berlaku pertembungan dalam keluarga dan sebagai anak yang taat pada ibu, saya akur dengan kemahuannya.
 
"Saya hanya akan terbabit dalam politik jika ada ruang atau jika beliau mengizinkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pulau Melaka, hari ini.
 
Anak kedua daripada 10 adik-beradik itu berharap keputusannya itu dapat menyelesaikan spekulasi mengenai isu berkenaan.
 
Ditanya sama ada beliau sebelum ini berhasrat untuk bertanding di bawah tiket Amanah, bapa kepada lima anak itu tidak menafikan hasrat untuk berbuat demikian.
 
"Niat saya sebenar untuk memberi sumbangan kepada agama Islam dan berharap sumbangan saya nanti akan mengubah suasana politik negara ini yang sekarang semakin berat (parah).
 
"Bagaimanapun apabila ibu tidak bersetuju dengan niat itu, saya pilih untuk akur padanya. Jawapan yang sama akan saya beri kepada pemimpin atau wakil PAN (Amanah) nanti," katanya.
 
Bagaimanapun, Pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka, di sini, berkata dia masih lagi ahli PAS dan akan setia kepada parti sehingga akhir hayatnya dan tak akan pernah meninggalkan parti itu.
 
Khabar angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini bahawa kemungkinan ada persaingan politik di antara Nik Omar dan abangnya, Nik Abduh, selepas pengerusi PAN negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, mengatakan Nik Omar berkemungkinan bertanding di bawah tiket Amanah.
 
Difahamkan Tuan Sabariah enggan memberi restu kepada Nik Omar untuk menyertai Amanah dan menjadi calon pakatan pembangkang untuk menentang PAS, kerana Nik Abduh yang juga anak keempatnya adalah Ahli Parlimen Pasir Mas.
 
 


Demikianlah Artikel Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14

Sekianlah artikel Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak-anak Nik Aziz tidak akan bertanding sesama sendiri pada PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/anak-anak-nik-aziz-tidak-akan.html

Subscribe to receive free email updates: