Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan

Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan
link : Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan

Baca juga


Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan

 

LIHAT VIDEO DI SINI 


KUALA SELANGOR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi membandingkan Selangor pimpinannya dengan Kelantan, selepas kenyataannya merujuk penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri itu tidak disenangi beberapa pemimpin PAS.

“Selangor ini adil, tak payah kata Selangor Darul Islam, tak payah kita kata Selangor ‘serambi Mekah’, tak payah. Yang penting aman.

“Kalau Selangor tak adil, mengapa ramai orang Kelantan datang Selangor?” katanya pada sebuah majlis Pakatan Harapan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azmin turut merujuk kepada banjir besar yang melanda Pantai Timur pada akhir 2014.

“Masa Kelantan banjir teruk 2014, tidak ada siapa peduli orang Kelantan dan kerajaan Kelantan, dan yang datang bantu kerajaan Kelantan dan orang Kelantan adalah orang Selangor dan kerajaan Selangor.

“Saya bawa RM1 juta bagi kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, kemudian Selangor ke Kuala Krai, kami bina rumah mangsa banjir bernilai RM7 juta.

“Siapa buat? Selangor. Siapa sumbang? Rakyat Selangor. Kerajaan persekutuan sampai sekarang tak buat apa, jadi tak payah nak berdakap dengan kleptokrasi, tak payah nak ambil gambar dengan kleptokrasi, tak payah nak bermanja dengan Barisan Nasional. Ayuh bersama Pakatan Harapan demi masa depan cemerlang,” katanya dipercayai merujuk hubungan rapat pimpinan tertinggi PAS dengan Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, kenyataan Azmin merujuk penghijrahan rakyat Kelantan ke Selangor mendapat perhatian ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang menyifatkannya satu penghinaan kepada Kelantan.

“Bila PAS bergabung dengan PKR dari 1999 hingga 2015, pembangkang menggunakan Kelantan sebagai negeri contoh pembangkang terbaik dari segi pentadbirannya. Sekarang Azmin meremehkan Kelantan kerana PRU14 semakin hampir,” kata Salleh dalam catatan blog semalam.

Ia susulan ucapan Azmin pada sebuah program anjuran Amanah di Kedah.

“Bukan saya nak sombong tetapi berapa ramai orang Kelantan pindah ke Selangor? Jika Kelantan hebat seperti gelarannya Serambi Makkah, kenapa ramai orang Kelantan datang Selangor?” kata Azmin – FMT



Demikianlah Artikel Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan

Sekianlah artikel Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Konsisten Puji PKR Selangor, Hentam PAS Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/azmin-konsisten-puji-pkr-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: