Judul : Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin
link : Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin
Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin
ANTARAPOSKUCHING: Dakwaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF) dimiliki tiga individu ketika ini adalah tidak berasas sama sekali.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, surat terbuka mengenai perkara itu yang ditulis Rafidah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah satu pembohongan
"Saya dengar apa yang Rafidah cakap semalam dan kenyataan itu adalah penuh dengan informasi yang tidak tepat dan dalam kes-kes tertentu adalah sebuah pembohongan.
"Tuduhan bahawa sebuah syarikat yang diuruskan oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset Kementerian Pertahanan (MINDEF) adalah sangat tidak tepat dan merupakan sebuah pembohongan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem 1 Divisyen Muara Tuang di sini sebentar tadi.
Semalam, Rafidah dalam satu surat terbuka mendakwa Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.
Rafidah berkata penswastaan tanah tersebut berdasarkan pajakan tanah selama 40 tahun dan diberikan tanpa tender terbuka.
Beliau mendakwa apabila harga tanah itu dibuat penilaian semula, syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.
Antara projek yang disenaraikan dalam surat Rafidah itu ialah Bandar Malaysia yang merupakan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi, perpindahan kem Majidee, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek komersil pertanian dan penjualan pengkalan udara TUDM Butterwoth.
Tambah Hisham lagi, pihaknya akan mendapatkan penjelasan dari MINDEF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) seperti yang disebutkan Rafidah dalam suratnya itu.
"Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada kabinet untuk melihat pertuduhan beliau.
"Kita akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan ini," katanya.
Demikianlah Artikel Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin
Sekianlah artikel Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Rafidah tak berasas - Hishamuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dakwaan-rafidah-tak-berasas-hishamuddin.html