Judul : DAP letak orang lain di Labis
link : DAP letak orang lain di Labis
DAP letak orang lain di Labis
DAP mencalonkan bekas pengerusi negeri Pang Hok Liong selepas penyandang DUN Skudai Dr Boo Cheng Hau menolak tawaran.
PETALING JAYA: DAP meletakkan bekas pengerusi negeri Pang Hok Liong untuk bertanding di Parlimen Labis, kata Pengerusi Johor Liew Chin Tong.
Sebelum ini, Labis ditawarkan kepada penyandang DUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau, yang kecewa partinya tidak meletakkan beliau untuk mempertahankan kerusinya. Boo menolak tawaran itu.
“Saya alu-alukan pencalonan Pang dan saya harap kawasan ini, kawasan marginal yang penting, saya harap PH menang di Labis.”
Pang merupakan pengerusi DAP Johor dari 1993 hingga 2005. Pada pilihan raya lepas, Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong mempertahankan Labis dengan majoriti tipis 353 undi sahaja.
Bagi kawasan DUN pula, DAP meletakkan timbalan pengerusi negeri Dr S Ramakrishnan di Bekok.
Kerusi itu sekarang disandang oleh Lim Eng Guan dari DAP, yang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 1,401 undi dalam pertembungan 1 lawan 1.
“Saya ucap terima kasih pada Lim atas perkhidmatan dan bantuannya. Lim akan membantu kempen di Labis,” kata Liew.
Sementara itu, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berpesan kepada calon-calon terpilih bahawa setiap satu kerusi penting untuk menawan Putrajaya.
“Ini kawasan yang penting buat PH, oleh kerana kalau mahu menang sampai Putrajaya kita perlu untuk sasar 120 kerusi Parlimen, termasuk Labis,” katanya.
Menurut daftar pemilih terbaru, kerusi Labis terdiri daripada 44.96% Cina, 37.98% Melayu dan 14.66% India.
Demikianlah Artikel DAP letak orang lain di Labis
Sekianlah artikel DAP letak orang lain di Labis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP letak orang lain di Labis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dap-letak-orang-lain-di-labis.html