DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor

DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor
link : DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor

Baca juga


DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor

 
 



DAP berhasrat meletakkan calon daripada parti mereka di tiga kerusi yang pernah dimenangi PAS pada PRU 13 kerana percaya parti itu berpeluang menang susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Sumber parti itu berkata, 3 kerusi yang menjadi sasaran DAP itu adalah DUN Taman Templer, Lembah Jaya dan Dusun Tua.

“Mana-mana calon pelbagai kaum kami boleh memenangi kerusi itu untuk Pakatan Harapan (PH) dalam pertandingan 3 penjuru disebabkan komposisi pengundi campuran,” kata sumber kepada FMT mengenai rundingan kerusi yang masih berterusan antara DAP, PKR, PPBM dan Amanah.

“Calon PH daripada DAP boleh memang kerusi tersebut kerana sokongan kuat daripada pengundi bukan Melayu, manakala undi Melayu mungkin berpecah,” kata sumber itu.

Pada 30 Oktober 2015, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua telah mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi DUN Taman Templer.

Turut dilantik seorang lagi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman sebagai penyelaras DAP bagi DUN Dusun Tua.

DAP juga pernah mencalonkan nama Dr Aziz Bari sebagai Ahli Majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ), namun nama itu digugurkan pada saat-saat akhir oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Difahamkan Azmin bertindak demikian untuk menyekat Aziz mengembangkan pengaruh dan bakal bertanding di salah satu DUN di bawah Parlimen Ampang iaitu N19 Bukit Antarabangsa dan N20: Lembah Jaya

Ketika itu Aziz diwar-warkan bakal Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili DAP jika PH mengekalkan pemerintahan di negeri itu.

Pada PRU 13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.

Bagaimanapun kedudukan kerusi itu berubah selepas Langkah Kajang, di mana DAP mempunyai 14 kerusi DUN, PKR (13), PAS (13), Amanah (2) manakala 2 lagi ialah calon bebas.

Dua calon bebas itu adalah Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini bersama PKR dan Adun Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dengan DAP.

Dalam pembahagian kerusi PH Selangor baru baru ini, pembahagian kerusi dimonopoli oleh PKR 19 kerusi dan DAP 18 kerusi, manakala PPBM dan Amanah hanya diberi kouta bertanding 10 kerusi dan 9 kerusi sahaja.



Demikianlah Artikel DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor

Sekianlah artikel DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Mahu Rampas Tiga Kerusi PAS Di Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dap-mahu-rampas-tiga-kerusi-pas-di.html

Subscribe to receive free email updates: