Judul : DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow
link : DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow
DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow
Rahimah Abdullah, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan DAP sebagai parti yang tiada prinsip kerana sanggup menggadaikan maruah semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu.
Malah tegasnya, tindakan DAP itu sangat mengecewakan kebanyakan pengundi-pengundi yang selama ini memberi sokongan kepada parti berkenaan.
"DAP tiada prinsip kerana demi meraih undi Melayu, DAP sanggup gadai lambang roket dia. DAP sanggup gadai maruah dan prinsip dia dan bersama Mahathir. Penyokong DAP amat kesal dengan tindak-tanduk DAP sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Manifesto MCA bagi PRU14 di Wisma MCA, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan mengatakan strategi satu logo iaitu PKR digunakan Pakatan Harapan pada PRU memberi tentangan hebat kepada Barisan Nasional (BN).
"Saya rasa tidak kerana mereka tidak serasi dan mereka tidak nilai teras seperti BN. Mereka tiada konsensus dan bersikap individu. Setiap parti mempunyai objektif sendiri bak kata orang, tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
Malah, keputusan satu logo itu juga dilihat tidak selari dengan matlamat parti masing-masing dalam Pakatan Harapan.
"Kita juga tahu mereka tidak konsisten dan boleh buat U-turn. Mereka buat pembohongan dan memecahbelah rakyat.
"Kalau kita lihat sekarang, DAP sendiri berkempen menggunakan logo roket mereka. Jadi sebenarnya mereka perlu buat banyak kerja kalau nak menang dengan guna satu logo iaitu PKR," ujarnya.
Pada Jumaat, Pakatan Harapan mengesahkan keempat-empat parti dalam gabungan itu akan menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Demikianlah Artikel DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow
Sekianlah artikel DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP sanggup gadai 'roket' untuk raih undi Melayu - Liow dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dap-sanggup-gadai-roket-untuk-raih-undi.html