Judul : Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf
link : Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf
Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf
KUALA LUMPUR: Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau tidak mempunyai saham dalam kedai roti premium The Loaf, yang menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi, adalah tidak benar.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric See-To, mendakwa rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bekas Perdana Menteri itu memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources, yang juga pemilik The Loaf.
“Dr Mahathir menafikan bahawa beliau memiliki saham dalam The Loaf walaupun sekian lama beliau memberitahu The Loaf ialah syarikat beliau tetapi tiba-tiba apabila syarikat itu gulung tikar, beliau menafikan ada saham pula.
“Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan bahawa Dr Mahathir memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources dan beliau juga adalah pengarah syarikat itu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook rasminya.
Eric juga mendakwa kenyataan Dr Mahathir kononnya beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah tidak benar.
“Dr Mahathir adalah pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor yang kedua-duanya terbabit dalam pembinaan kapal terbang.
“Dr Mahathir juga pemilik ketiga terbesar dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses berhampiran rumahnya,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Eric turut mengemukakan lampiran rekod SSM yang menunjukkan kaitan antara Dr Mahathir dan MBM Consolidated Resources selain rekod pegangan saham dalam beberapa syarikat.
Dr Mahathir, ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di Bukit Tangga, Kedah malam tadi, berkata beliau tidak memiliki sebarang saham dalam The Loaf.
Katanya, beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan PNB selain mencabar pihak yang mengaitkannya dengan syarikat itu untuk mengemukakan bukti – BH
Demikianlah Artikel Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf
Sekianlah artikel Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir Milik 10.062 Juta Saham The Loaf dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dr-mahathir-milik-10062-juta-saham-loaf.html